
Darah Merdeka merupakan wadah penulisan saya dalam mengenengahkan idea-idea semasa berlandaskan pemahaman serta pengalaman Islam yang dibantu oleh beberapa sahabat-sahabat dan guru-guru saya yang banyak membimbing saya dalam bidang penulisan. Dibina pada 31 Ogos 2007, bermula dengan Blogspot lalu bertukar kepada WordPress untuk mempertingkatkan lagi penyampaian yang mesra pembaca. Nama Darah Merdeka diberi oleh saya sendiri, mengambil keramat Darah sebagai kandungan penting dalam menghidupkan tubuh serta jiwa dan semangat Merdeka sebagai hakikat kebebasan menyatakan kebenaran.
Semua tulisan dalam DM ini merupakan idea-idea yang boleh dikomen secara ilmiah mahupun rasional akal. Saya juga memasukkan beberapa artikel terpilih daripada sahabat-sahabat seangkatan saya supaya idea yang diketengahkan dalam DM tidak terlalu statik.
Jika dilihat keseluruhan tulisan saya dalam DM, saya sedikit menjaga hal peribadi sehingga kadang-kala sukar mencari kisah peribadi saya yang jelas dalam penulisan saya. Namun, bukanlah saya sebegitu rupa – semacam manusia yang terlalu menyendiri – tetapi saya tidak mahu sebarang emosi peribadi atau unsur yang tidak sepatutnya mempengaruhi penulisan saya.
Setelah lama saya menulis, rupanya saya tersilap. Unsur peribadi juga perlu dimasukkan ke dalam tulisan supaya idea yang disampaikan lebih ‘hidup’ serta lebih bermakna. Pengalaman yang dilalui harus dikongsi bersama sebagai tauladan buat mereka yang tidak senasib dengan saya. Lalu, jika direnung dengan mendalam (tadabbur) kesemua tulisan saya, secara tidak sedar, pengalaman dan jalur-jalur peribadi kehidupan saya tersemat di dalamnya.
Sebarang cetakan semula atau salinan asal daripada DM sangat saya alu-alukan. Terima kasih saya hulurkan buat semua dalam membantu saya untuk mengembangkan idea-idea yang sudah disampaikan dalam DM. Akhir kata, semoga pembaca beroleh manfaat daripada usaha saya yang kecil ini. Panjatkan doa kepada Allah s.w.t. supaya kita sama-sama diberikan kefahaman yang sahih lagi benar dalam mengenal erti Islam yang sebenar.





izzat, tahniah bro
melawat labu-labuan.
wah. darah merdeka, hemoglobin kebenaran = terserlah pencinta bio n penggemar sastera.
benarkah?
salam ziarah.
Hahaha.
Agak la. Nanti aku nak buat kos Kesusasteraan Biologi bila dah jadi TNC. Amacam? Cantik tak?