
Saya dilahirkan di Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kedah, jam 2.30 petang selepas solat Jumaat pada 3 Mei tahun 1985. Selepas dilahirkan, selama 20 tahun saya dibesarkan di Kampung Batu Lima, Sik, Kedah dan sebelum berpindah kembali ke Padang Serai sehingga hari ini.
Diberi nama `Izzat Anwari yang bermaksud Keagungan Cahayaku, saya menghabiskan kebanyakan hidup saya di asrama bermula di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL – sesi 1998/2002), Negeri Sembilan dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP – sesi 2003/2004). Terakhir, saya memasuki Universiti Sains Malaysia (USM – sesi 2004/2008 ) Pulau Pinang dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan. Bahasa mudahnya, saya adalah cikgu.
Merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik, kesemuanya lelaki kecuali adik bongsu saya adalah perempuan. Sukar bukan apabila adik perempuan sendiri terpengaruh dengan perangai kelima-lima abang kandungnya? Namun didikan agama dan akhlak menjadi asas bimbingan kedua ibubapa saya sehingga kami adik-beradik hari ini menjadi seorang ‘manusia’ bernama ‘hamba.’
Saya diamanahkan memegang jawatan sebagai Ketua Usrah Pemikiran, Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API), Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP). AlhamduliLlah, walaupun saya bukanlah daripada latar belakang agama, namun diberi peluang untuk memartabatkan falsafah hidup saya iaitu Islam.
Saya masih hijau dalam bidang penulisan tetapi dikurniakan Allah s.w.t. sahabat-sahabat dan guru-guru yang sangat berdedikasi dan tinggi ilmunya. Atas bantuan mereka inilah saya mula meminati bidang penulisan terutama berkaitan pemikiran dan Islam. Namun, secara jujurnya saya lebih berminat untuk membuat kerja di lapangan dan menjadikan minat menulis saya sebagai sampingan sahaja. Maka, saya ingin memohon jutaan maaf jika blog saya ini acap kali tidak dikemaskini dengan sempurna.
Saya berbesar hati jika para pembaca sekalian ingin berkongsi atau memberi pendapat tentang apa-apa isu atau sebagainya. Saya boleh dihubungi melalui emel akucahaya@gmail.com. Semoga beroleh manfaat.






sedapnyee msks nama–keagungan cahaya
Nama adik-beradik saya semua unik:
Adik no. 1: `Iffat Rukaini
Adik no. 2: Muhammad `Ifwat Qusyairi
Adik no. 3: Muhammad `Izzul Islam
Adik no. 4: Muhammad `Izzuddin
Adik no. 5: Ummu Syifaa’
Semua ada ‘apostrophe’ di awal nama, kecuali adik bongsu di akhir nama.
hmm..smpat ng dua-dua pengetua..ustaz md yunoh smpai 04,then ustz Abdullah smbung..saya f3 1st tyme pecah tradisi,pengetua perempuan ustzah khuzaimah ex pengetua sham..krenye sekarang dh jadi cikgu ke??mengajar kat mane?
moga berjaya..
Oh, yeke?
Mase abg form 5, Huda form brape?
Jadi cikgu sandaran kejap, kat Penang.
ish x sempatlah..sbb huda masuk 2003,n mse tu abg dh habes kn? batch spm02 kn? jadi cikgu sains ke?? sekolah menengah ea?
buat yg terbaik.insyaAllah bolehnye..
hmm..sekarang belajar kat unisel pogram Jad,bwh yysan plajarn mara-engineering jpon..insyaAllah..doaknlah huda dapt pergi sana,lagi 2 tahun kat sini..
lah ustaz@cikigu sains rupenye abg ni?
panggil ustaz jelah ek pasni..:)
memang tuah badan bawak nama smapl ni..kwn huda pon aritu x pasal kne pimpin bdan dakwah ipt dye sbb ble org tahu budak smapl trus kne tarik..
tapi abg memang ade gaye ustaz berintelektual pon..
mase mula2 bace tulisan2 abg,huda x pernah pikir pon yg abg ni bakal cikgu rupanye..seriously greatlah ur idea..truskan^^
bangga to have a senior like u ustaz..
hebatlah tu..bangge cikgu2 kt smapl ade ank murid mcm abg..yelah bukan semua org ade kekuatan & kebolehan nk brdakwah & menulis mcm abg..mcm huda ade keinginan tapi takde kekuatan..hmm
owh, abg izzat smapl rupenye. anak didik ayahanda mat yunoh, patut la jadi camnie
wakakakakakak!
insyaAllah..klo huda ade soalan huda mesti tanye kt abg..
hmm tspi x menyusahkn ke klo contact through your blog?
Amboi2, Faris…
Awat rasa ‘manis’ tau pujian hang tu…
ok la, dari mengaku anak didik ayahanda abdullah @ mohd noor tu. Sume x nk ngaku
Kaco daun ek? erm tumpang lalu abg Izzat….
p/s: baru lpas membaca sms anda dgn penuh rasa keliru…….
Lalu cepat sikit, rimas aku tgk hang ni… :p
izzat…izzat…izzat…
Padia?
hehehe
bila nk kawin ?
Lepas dapat jodoh…
askum…saya x brapa fham hala tuju badan dakwah kat pulau pinang ni…banyak sungguh,tapi x kelihatan..pelik sungguh