4 Mac 2009 oleh `Izzat Anwari

Dewasa ini teknologi maklumat pesat berkembang sehingga berita terkini dalam dan luar negara dapat disebar sepantas sekelip mata. Pelbagai isu dalam dan luar negara dapat diketahui dengan lanjut sama ada berita yang benar mahupun yang palsu. Perkembangan teknologi sebegini menunjukkan manusia hari ini memasuki era perubahan yang sangat maju berbanding dekad-dekad sebelum ini yang memperlihatkan hubungan komunikasi sesama manusia sangat terhad.
Ditambah pula kecanggihan internet dan kemasyuran blog, kegilaan baru manusia ini melangkah jauh melepasi garisan ilmu dan adab yang sepatutnya hidup dalam jiwa setiap insan. Hari ini, semua orang berkelayakan memberi pendapat tentang sesuatu isu mengikut citarasa dirinya, hatta dalam bidang yang bukan difahaminya, terutama blogger-blogger muslim! Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Artikel | Tagged Adat & Budaya, Islam Liberal, Mahasiswa, Malaysia, Masyarakat, Pendidikan | 12 Komen »
12 Februari 2009 oleh `Izzat Anwari
PUMPP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam
Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama’ muktabar. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Kenyataan Media | Tagged Islam Liberal, Isu Semasa, Malaysia | Leave a Comment »
11 Februari 2009 oleh `Izzat Anwari
Kempen Jangan Dekati Zina
‘Muslim Do Not Celebrate Valentine’
12 Februari – 1 Mac 2009
Anjuran: Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)* Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Pengumuman | Leave a Comment »
23 Januari 2009 oleh `Izzat Anwari
Program Himpunan Ummah Selamatkan Gaza (HIMMAH)
Tarikh: 1 Februari 2009 (Ahad)
Tempat: Dewan Milennium, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang
Masa: 7.00 petang – 11.00 malam (solat Maghrib & Isyak berjemaah) Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Pengumuman | Leave a Comment »
21 Januari 2009 oleh `Izzat Anwari
Dari Institut Perguruan ke Baitul Muqaddis: Realiti Yang Tersembunyi
`Izzat Anwari bin Hasni
Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Muqaddimah
Sejak sekian lama Israel dan Amerika Syarikat menindas masyarakat dunia amnya dan umat Islam khususnya, masyarakat baru membuka mata apabila serangan ke atas Gaza secara besar-besaran dilakukan tanpa belas kasihan. Rakyat Malaysia mencurahkan rasa kebencian dan kemarahan terhadap Zionis, dalang utama di sebalik semua kezaliman yang berlaku. Dengan alasan mempertahankan diri daripada serangan tentera Hamas, Israel nampaknya gagal memperbodohkan masyarakat dunia melalui media sekaligus memperlihatkan ‘ubat pelali’ hasilan Zionis kurang mendatangkan hasil. Namun, persoalan utama yang harus diketengahkan ialah adakah keadaan dunia hari ini dilihat sebagai kebangkitan umat Islam secara besar-besaran? Atau agenda sesetengah pihak yang hanya ingin mendabik dada menjadi hero memperjuangkan isu kemanusiaan di bumi suci Palestin? Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Pembentangan | Tagged Islam, Mahasiswa, Masyarakat, Pendidikan | 4 Komen »
20 Januari 2009 oleh `Izzat Anwari
Program 1 :
Wacana Ilmu – “Isu Palestin dan Peranan Mahasiswa dalam mendepani Isu tersebut“
Oleh : Dr. Roslan Hashim ( Pensyarah USM)
Tarikh : 20 Januari 2009 (Selasa)
Masa : 5.15 petang
Tempat : Surau Al-Falah IPPPP
Program 2 :
Perkongsian : “Dari Institut Perguruan ke Baitulmaqdis – Realiti Yang Tersembunyi“
Oleh : Akh Izzat Anwari Hasni ( Angkatan Pemuda-Pemudi Islam API)
Tarikh : 20 Januari 2009 (Selasa)
Masa : 7.30 malam ( selepas solat maghrib )
Tempat : Surau Al-Falah IPPPP
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 019-4554508 (akh Zhaf) ,019-4554540( ukht Izma) atau 013-3934303 (akh Luqman)
Dikirim dalam Pengumuman | Leave a Comment »
31 Disember 2008 oleh `Izzat Anwari
Satu demonstrasi besar-besaran mengutuk serangan tentera Zionis LaknatuLllah ke atas Semenanjung Gaza akan diadakan secara besar-besaran di Masjid Kapitan Keling pada 2hb Januari 2009 (Jumaat) selepas solat Jumaat. Solat hajat akan dilakukan selepas tamat solat Jumaat dan diiringi dengan demonstrasi membantah sekeras-kerasnya kekejaman anjing Zionis terhadap rakyat Palestin. Sila bawa bersama-sama kasut yang terpakai atau yang buruk untuk upacara melontar ke arah gambar George W. Bush, Shimon Peres dan Ehud Olmert dalam demonstrasi mengutuk serangan askar Israel ini. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Pengumuman | 1 Komen »
30 Disember 2008 oleh `Izzat Anwari

Hati saya begitu pilu bilamana rakyat di Semenanjung Gaza diserang oleh askar Israel sehingga hampir ratusan terbunuh. Malah saya begitu terkilan kerana kesuntukan masa untuk menulis membantu saudara Islam di Palestin sana. Saya mahu sumbangkan sesuatu kepada mereka. Saya mahu fahamkan semua umat Islam di Malaysia tentang kondisi peperangan di sana. Namun, saya tidak mampu. Saya sangat-sangat kesal. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Luahan | 9 Komen »
23 Disember 2008 oleh `Izzat Anwari
Setelah kejayaan Ops Sayangi Remaja kali pertama pada malam merdeka yang lalu, BADAR sekali lagi menganjurkan Ops Sayangi Remaja II bersempena sambutan ambang tahun baru 2009. Program ini akan dijalankan di sekitar kawasan Pulau Pinang dan bakal menjadi program tahunan untuk mendekati dan menyelami pemikiran serta tingkah laku para remaja yang berkeliaran hingga lewat tengah malam terutama remaja yang keluar bersama pasangan cinta mereka. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Pengumuman | 2 Komen »
15 Disember 2008 oleh `Izzat Anwari

Penganjuran pertandingan i-Dance oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Danzity Dance House dan Hotlink yang diwarwarkan sebagai aktiviti riadah sebenarnya boleh membawa lebih banyak keburukan daripada mendatangkan manfaat terutama kepada golongan belia yang terlibat. Malah penganjuran street dance ini dilihat sebagai aktiviti yang memburukkan lagi iklim pendidikan belia di Malaysia yang kian pincang saban hari. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Artikel | Tagged Adat & Budaya, Isu Semasa, Masyarakat | 28 Komen »
17 November 2008 oleh `Izzat Anwari
Keratan kenyataan pengkid dalam akhbar. Apabila kefahaman Islam Liberal sudah menular, beginilah jadinya. Akal berlandaskan nafsu tanpa ilmu merosakkan pemikiran masyarakat. Peranan kita? Peranan mahasiswa? Persoalan sekarang adalah apa perlu kita buat, bukan siapa yang perlu buat!
Saya cukup terkilan apabila pengkid ini seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t. kerana menuduh Allah s.w.t. memberi naluri sebegitu. Tidakkah dia membaca al-Qur‘ān? Tidakkah dia memahami Islam yang sebenarnya? Allah s.w.t turunkan al-Qur‘ān sebagai panduan, bukan sebagai hiasan atau mencantikkan hantaran! Di mana guru-guru Islam? Sibuk berkursus ke sana ke mari hingga memandang enteng isu ini? Ini persoalan aqidah, bukan persoalan hak asasi! Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Luahan | Tagged Malaysia, Masyarakat, Pendidikan | 5 Komen »
13 November 2008 oleh `Izzat Anwari

Pengharaman budaya tomboi dan pengkid oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-83 di Kota Bharu pada 24 Oktober 2008 baru-baru ini mendapat kritikan pedas daripada beberapa golongan masyarakat dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO). Malah, lebih memilukan lagi, golongan ‘pengkid Islam’ menjawab isu ini dengan keilmuan yang cetek serta tidak beradab di dalam satu temubual akhbar Harian Metro. Teruskan pembacaan »
Dikirim dalam Artikel, Menjawab, Surat Terbuka | Tagged Islam, Islam Liberal, Isu Semasa, Malaysia, Masyarakat | 9 Komen »