Apabila tiba bulan Dhū al-Ḥijjah (ذوالحجّة) setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan berusaha menyediakan wang untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban yang dilakukan di tempat masing-masing. Malah, perayaan ini cukup meriah apabila sanak-saudara pulang ke kampung halaman masing-masing sambil bertanya khabar sesama sendiri sewaktu menjamu selera hidangan berasaskan daging di atas meja. Suasana [...]
Archive for the ‘Artikel’ Category
Haji Yang Terkorban
Posted in Artikel, tagged Adat & Budaya, al-Quran & al-Sunnah, Islam, Masyarakat, Pendidikan on 26 November 2009 | 6 Comments »
Semanis Hempedu
Posted in Cerihik, tagged Gerakan, Islam, Masyarakat on 17 October 2009 | 4 Comments »
Abang nak pi mana bang?” tanya Munirah kepada suaminya sambil tangannya ligat menyusun pakaian di dalam almari. Abang ada meeting. Susulan isu hina syari‘ah minggu lepas,” jawab Haikal sambil membetulkan butang baju Melayu di hadapan cermin. Meeting lagi bang?” si isteri bertanya, namun nada Munirah seolah-olah mengeluh atas kesibukan suaminya yang selalu bergiat aktif dalam [...]
Wahai Jeff Ooi
Posted in Artikel, Luahan, Surat Terbuka, tagged anti-Islam, Islam, Isu Semasa, Malaysia, Masyarakat, Politik on 12 September 2009 | 1 Comment »
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai persediaan dibuat oleh segenap Muslim di seluruh dunia bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat yang dijanjikan oleh Allah SWT. Namun, di dalam bulan yang mulia ini, masih ada individu-individu yang kurang senang dengan agama Islam sehingga sanggup menghina Syari‘ah Islam secara terbuka di dalam blognya. Individu tersebut tidak lain [...]
Da‘waholic
Posted in Artikel, Pembentangan, tagged al-Quran & al-Sunnah, Islam, Masyarakat on 11 July 2009 | Leave a Comment »
Suasana da‘wah masyarakat di Malaysia hari ini berada di tahap yang agak memuaskan. Pelbagai usaha da‘wah yang dilakukan oleh individu-individu atau badan-badan yang tidak berkepentingan dilihat sebagai salah satu tanda penerimaan faham Islam yang sahih dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup seharian. Tanda-tanda ini dikuatkan lagi dengan penganjuran program-program keagamaan oleh badan kerajaan atau sukarelawan [...]
Tarbiyyah Dari Seekor Toyol
Posted in Cerihik, tagged al-Quran & al-Sunnah, Masyarakat, Pendidikan on 24 June 2009 | 12 Comments »
Abang, minggu depan saya nak bawa anak-anak pi melancong kat Sydney,” pujuk Datin Sharifah kepada suaminya. Hm, ok jugak tu,” balas Datuk Karim sambil merendahkan surat khabar yang sedang dibacanya.
Guru Terbangsat
Posted in Artikel, tagged Malaysia, Masyarakat, Pendidikan on 14 May 2009 | 8 Comments »
Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?,” tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga. Si ayah terkedu. Mak, kenapa dalam akhbar ni laki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan [...]
Pengantar Blogger Muslim
Posted in Artikel, tagged Adat & Budaya, Islam Liberal, Mahasiswa, Malaysia, Masyarakat, Pendidikan on 4 March 2009 | 12 Comments »
Dewasa ini teknologi maklumat pesat berkembang sehingga berita terkini dalam dan luar negara dapat disebar sepantas sekelip mata. Pelbagai isu dalam dan luar negara dapat diketahui dengan lanjut sama ada berita yang benar mahupun yang palsu. Perkembangan teknologi sebegini menunjukkan manusia hari ini memasuki era perubahan yang sangat maju berbanding dekad-dekad sebelum ini yang [...]
Dari Institut Perguruan ke Baitul Muqaddis: Realiti Yang Tersembunyi
Posted in Pembentangan, tagged Islam, Mahasiswa, Masyarakat, Pendidikan on 21 January 2009 | 4 Comments »
Dari Institut Perguruan ke Baitul Muqaddis: Realiti Yang Tersembunyi<!–[if !supportFootnotes]–>[1]<!–[endif]–> `Izzat Anwari bin Hasni<!–[if !supportFootnotes]–>[2]<!–[endif]–> Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) Muqaddimah Sejak sekian lama Israel dan Amerika Syarikat menindas masyarakat dunia amnya dan umat Islam khususnya, masyarakat baru membuka mata apabila serangan [...]
Menari Membawa Padah
Posted in Artikel, tagged Adat & Budaya, Isu Semasa, Masyarakat on 15 December 2008 | 30 Comments »
Penganjuran pertandingan i-Dance oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Danzity Dance House dan Hotlink yang diwarwarkan sebagai aktiviti riadah sebenarnya boleh membawa lebih banyak keburukan daripada mendatangkan manfaat terutama kepada golongan belia yang terlibat. Malah penganjuran street dance ini dilihat sebagai aktiviti yang memburukkan lagi iklim pendidikan belia di Malaysia yang kian pincang saban hari.
Islam, Jantina dan Seks
Posted in Artikel, Menjawab, Surat Terbuka, tagged Islam, Islam Liberal, Isu Semasa, Malaysia, Masyarakat on 13 November 2008 | 9 Comments »
Pengharaman budaya tomboi dan pengkid oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-83 di Kota Bharu pada 24 Oktober 2008 baru-baru ini mendapat kritikan pedas daripada beberapa golongan masyarakat dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO). Malah, lebih memilukan lagi, golongan ‘pengkid Islam’ menjawab isu ini dengan keilmuan yang cetek serta tidak beradab di dalam satu temubual [...]
Individu dan Masyarakat
Posted in Pembentangan, tagged Gerakan, Islam, Masyarakat on 12 October 2008 | 8 Comments »
Individu dan Masyarakat[1] `Izzat Anwari bin Hasni Sains Dengan Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Muqaddimah Individu dan masyarakat merupakan dua unsur yang membina antara satu sama lain. Jika salah satunya diabaikan, maka satu lagi itu pasti akan terabai juga. Namun konsep individu lebih ditekankan kerana seseorang individulah yang membentuk sesebuah masyarakat. Malah, [...]
Sepahit Madu
Posted in Cerihik, tagged Gerakan, Islam, Masyarakat on 6 October 2008 | 32 Comments »
Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mengejar Dunia
Posted in Artikel, tagged al-Quran & al-Sunnah, Islam, Masyarakat on 21 September 2008 | 7 Comments »
Dunia merupakan persinggahan manusia sebelum sampainya kita ke alam yang kekal abadi selepas kematian – Alam Akhirat. Persinggahan ini penuh dengan ujian yang maha dahsyat sehingga ramai umat manusia yang tersadung kaki mereka lalu rebah di pintu redha-Nya. Peringatan-peringatan Allah s.w.t. di dalam al-Qur’ān serta wasiat Rasulullah s.a.w. di dalam al-Sunnah seharusnya dijadikan panduan utama [...]
‘Kepulangan’ Kassim Ahmad – Satu Penilaian Semula
Posted in Artikel, Menjawab, tagged al-Quran & al-Sunnah, Islam, Isu Semasa on 18 September 2008 | 19 Comments »
Setelah Kassim Ahmad menerbitkan bukunya bertajuk Mencari Jalan Pulang – Dari Sosialisme Kepada Islam, hati saya sedikit gembira. Namun kegembiraan tersebut hanya sementara. Bukan jalan pulang yang dicarinya, malah Kassim Ahmad masih kuat berpegang kepada fahaman anti-Hadithnya! Baru-baru ini juga Kassim Ahmad tanpa ‘segan-silu’ menyiarkan semula tulisan anti-Hadithnya dalam blognya seolah-olah dia ‘menjerit’ kepada seluruh [...]
Perpaduan Nasional – Antara Realiti Rakyat dan Fantasi Politikus
Posted in Artikel Sahabat, tagged Malaysia, Masyarakat on 14 August 2008 | 1 Comment »
Oleh: Wan Ahmad Fayhsal Salah satu agenda utama perjuangan rakyat Malaysia adalah berkenaan ‘Perpaduan Nasional’. Sering kali apabila para cendekiawan, mahasiswa dan orang awam ingin membincangkan perkara ini dengan sihat ada sahaja suara-suara sumbang yang menegah daripada meneruskannya atas dasar menjaga sensitivi perkauman. Logik yang digunakan para penentang ini adalah jikalau isu ini terus dibincangkan [...]
Teknologi Aqidah
Posted in Artikel, tagged Islam, Masyarakat, Pendidikan on 30 July 2008 | 9 Comments »
AWAS!!! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup” Saya sudah dapat menghafal tulisan ini setiap kali pintu lif di Desasiswa Restu terbuka. Liar mata saya mencari kedudukan kamera tersebut. Tetapi pandangan saya hanya seimbas sahaja. Dipandang lama-lama takut muka dicam oleh pengawal sehingga menimbulkan syak wasangka. Namun di sudut kecil hati saya timbul persoalan yang [...]
Kelakarkah Islam?
Posted in Artikel, tagged anti-Islam, Masyarakat on 16 June 2008 | 7 Comments »
Belum selesai dengan isu karikatur Rasulullah s.a.w yang dilukis Kurt Westergaard, muncul pula filem pendek Fitna terbitan Geert Wilders yang mengutuk ayat-ayat al-Quran kononnya sebagai pencetus keganasan dalam Islam. Malah kutukan yang direka-reka oleh kedua-dua ikon anti-Islam ini disambut ‘meriah’ oleh kebanyakan golongan anti-Islam yang lain sama ada mereka ini termakan dengan ‘racun’ yang dibawa [...]
Manusia Naik Minyak
Posted in Artikel, tagged Islam, Isu Semasa, Malaysia, Masyarakat, Politik on 10 June 2008 | 10 Comments »
Sejak kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada minggu lepas, iklim masyarakat di Malaysia berubah dengan drastik. Pak Mat berbahas di kedai kopi, Mak Leha berleter di dapur, Cik Nab membebel kepada suami menampakkan situasi di Malaysia di ambang kehancuran jika ramai kurang faham ISU SEBENAR mengenai [...]
Petrol ‘Membakar’ Aqidah
Posted in Artikel, tagged Islam, Isu Semasa, Malaysia, Masyarakat, Politik on 5 June 2008 | 9 Comments »
Pengumuman kenaikan harga petrol semalam disambut ‘riang’ oleh rakyat Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara ‘berpesta’ sakan. Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa. Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi yang [...]
‘Aurat’ Lama Terbuka, Melatah Baru Nak Mula
Posted in Artikel, Menjawab, tagged Islam, Isu Semasa, Malaysia, Masyarakat, Pendidikan on 30 May 2008 | 6 Comments »
Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka dan sejak dari itu perencanaan sistem pendidikan di Tanah Melayu menjadi agenda utama dalam pembinaan keintelektualan masyarakatnya. Pelbagai perubahan berlaku dalam tempoh ini menampakkan penggubal dasar pendidikan di Malaysia belum menemui formula yang stabil untuk melahirkan para pelajar yang benar-benar berpendidikan. Buktinya? Sehingga hari ini tragedi dan kes-kes berkaitan [...]




