Salam.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan kemaafan kerana sudah terlalu lama tidak mengemaskini penulisan saya di blog DarahMerdeka.WordPress.Com ini. Atas kesibukan saya yang baru memasuki alam pekerjaan dan kehamilan isteri saya yang hampir 5 minggu, saya kesuntukan masa untuk membahagikan ruang dan masa untuk menulis di sini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pembaca kerana masih sudi membaca dan menelaah artikel dan cerpen saya di sini. Statistik blog Darah Merdeka ini setiap hari mencapai 20 bacaan secara purata. Saya sangat terharu dan berterima kasih kerana masih ada yang sudi untuk membaca blog saya walaupun sudah lama tidak dikemaskini.
Akhir kalam, saya berniat untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang penulisan ini dengan pendaftaran blog baru saya di www.DarahMerdeka.com yang baru sahaja dibina. Namun, atas beberapa kekalutan yang dihadapi, blog ini masih di peringkat kemaskini. Insha-Allah, saya akan siapkan dan upload artikel-artikel dan cerpen-cerpen terbaru saya dari semasa ke semasa.
Sekali lagi jutaan terima kasih atas segala sokongan pembaca sekalian.
Wassalam.
Ikhlas, ‘Izzat Anwari bin Hasni.
“DarahMerdeka.Com: Mengalirkan Kebenaran Dalam Nadi.”





salam saudara y dikenali suatu ketika dahulu,
saya merupakan sahabat lama saudara, namun biarlah misteri. kerana seandainya dilihat dari rupa, pastinya saudara tersenyum.
namun ape y ingin saya sampaikan sekadar menyokong dengan penuh semangat DARAH MERDEKA. harap dengan tulisan saudara akan menyemai benih-benih Islam malah menyuburkan lagi apa y ada di hati tiap insan kita.
kerana hati kita ini mudah leka. kelekaan sehingga menutup hati. hati y bersih ketika dahulu kini kian gelap dan malap
begitu juga saya.
sekian