Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog DM yang banyak memberi sokongan malah kritikan yang membina. Semoga Allah SWT memberkati segala ilmu yang dikongsikan di dalam blog DM demi untuk membantu ummah ke arah kehidupan yang benar-benar berma'na. Di bawah ini, saya sediakan 'button' untuk disalin dan ditampal di blog pembaca sekalian sebagai tanda menyokong blog DM. Sekali lagi, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca DM.
Al-Hikmah
“Carilah hatimu ketika membaca al-Qur’ān. Jika tidak bertemu, maka carilah hatimu ketika bersolat. Jika tidak bertemu juga, maka carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati. Jika masih tidak bertemu, maka berdoalah kepada Allah s.w.t., pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati!”
(Imam al-Ghazali)