KENYATAAN RASMI FORUM 5 OGOS 2009
FORUM Selar Kenyataan Jeff Ooi Berkenaan Syariah
NGO-NGO Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (FORUM) dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang menyelar kenyataan YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan kenyataan beliau yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisme [rujuk The Star, 2 Ogos 2009, N12]. Kenyataan ini dikeluarkan berhubung pertelingkahan beliau dengan Hj Mohd Razali, Ahli Majlis MPPP yang jua ahli kepada Jamaah Islah Malaysia (JIM).
FORUM merasa kesal dengan sikap sebegini oleh seorang ahli parlimen dan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri atas pandangan yang negatif dan berbaur jahat terhadap Syariah Islam dengan mengaitkannya dengan ekstrimisme. Pandangan sebegini adalah bertentangan dengan slogan-slogan mengikuti pemerintahan Saidina ‘Umar ‘Abd al-‘Aziz dan ‘Amar Ma‘aruf Nahi Mungkar yang dilaungkan oleh Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
FORUM juga ingin mengingatkan bahawa kejayaan pemerintahan Saidina ‘Umar ‘Abd al-‘Aziz adalah disebabkan beliau mengambil Syariah sebagai dasar pemerintahan beliau dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam ‘Amar Ma‘aruf iaitu menggalakkan perbuatan yang baik, Nahi Mungkar iaitu mencegah perbuatan jahat adalah prinsip-prinsip Syariah. FORUM merasa kesal apabila beliau sebagai seorang ahli parlimen di sebuah Negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam perlembagaan jahil tentang pemahaman asas Islam dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan berbaur jahat. FORUM menggesa Jeff Ooi menarik balik kenyataan dan cuba memahami Islam dalam maksudnya yang sebenar dan tidak terikut-ikut dengan propaganda kumpulan-kumpulan khususnya dari Negara Barat yang anti-Islam yang cenderung mengaitkan Islam dengan ekstremisme dan terorisme.
FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam. FORUM dengan ini menggesa beliau meletak jawatan atau Ketua Menteri Pulau Pinang memecat beliau sebagai Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.





org politik ni….hm…ayat depa ni…memang putar belit..kalau salah pun..boleh kona lagi..ish3
byk sgt baca Utusan nie =P org JIM ngan belia PEMBINA pn x marah camnie. Mmg duit berlebih ke time ekonomi gawat nie, atau ade pihak ‘lain’ sponsor ni wakakaka
JIM mana hang refer ni Faris? Aku baru abes miting ngan YDP JIM Penang ni. Dia hentam JIM Penang…
Kalau ada orang sponsor, lama dah aku selesa dalam berjuang Faris oi. Ni aku nak makan pun belum cukup lagi ni…
‘Dia hentam JIM Penang’
‘Dia’ tu Jeff Ooi…
Bagus bila bantahan seperti ini. Tetapi alangkah bagus jika bantahan ini diteruskan dalam kes hak islam anak apabila pasangan masuk islam.