Dari Institut Perguruan ke Baitul Muqaddis: Realiti Yang Tersembunyi<!–[if !supportFootnotes]–>[1]<!–[endif]–>
`Izzat Anwari bin Hasni<!–[if !supportFootnotes]–>[2]<!–[endif]–>
Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Muqaddimah
Sejak sekian lama Israel dan Amerika Syarikat menindas masyarakat dunia amnya dan umat Islam khususnya, masyarakat baru membuka mata apabila serangan ke atas Gaza secara besar-besaran dilakukan tanpa belas kasihan. Rakyat Malaysia mencurahkan rasa kebencian dan kemarahan terhadap Zionis, dalang utama di sebalik semua kezaliman yang berlaku. Dengan alasan mempertahankan diri daripada serangan tentera Hamas, Israel nampaknya gagal memperbodohkan masyarakat dunia melalui media sekaligus memperlihatkan ‘ubat pelali’ hasilan Zionis kurang mendatangkan hasil. Namun, persoalan utama yang harus diketengahkan ialah adakah keadaan dunia hari ini dilihat sebagai kebangkitan umat Islam secara besar-besaran? Atau agenda sesetengah pihak yang hanya ingin mendabik dada menjadi hero memperjuangkan isu kemanusiaan di bumi suci Palestin?
Sorotan awal tulisan ini ingin membawa bakal guru kepada realiti umat Islam hari ini dan peranan utama mereka dalam mendepani isu-isu tempatan dan global sebagai juruperubah masyarakat. Saya juga dengan penuh yakin dan pengharapan tertinggi kepada Allah SWT, percaya bahawa guru adalah golongan utama yang dapat merealisasikan revolusi masyarakat dari aspek pemikiran dan cara hidup. Kepercayaan dan pengharapan ini timbul dari keilmuan serta pengalaman saya sepanjang bergelumang dalam realiti masyarakat yang semakin hari semakin kurang beradab. Ternyata, masyarakat hari ini bukanlah kekurangan harta benda atau sumber kewangan, namun lebih tinggi dan luas daripada itu. Masyarakat hari ini ketandusan ilmu dan kehilangan adab.
Aqidah Islam
Aqidah Islam adalah tajuk utama yang harus dibincangkan terlebih dahulu sebelum dirungkai permasalahan umat Islam hari ini. Tidak dapat tidak, masyarakat wajib kembali kepada Allah SWT bagi menjernihkan kembali iman dan amal yang benar-benar sahih. Aqidah inilah asas yang paling mendasari<!–[if !supportFootnotes]–>[3]<!–[endif]–> segala aspek kehidupan sama ada di dunia yang fana ini mahupun di akhirat yang kekal abadi. Apabila aqidah benar-benar mantap, perkara cabang yang lain dapat diselesaikan dengan mudah menurut kaedah-kaedah yang dianjurkan dalam Islam.
Islam merupakan cara hidup yang berintikan iman dan amal. Malah, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan walau dengan apa cara sekalipun. Keimanan merupakan aqidah dan dasar yang mana atasnya berdiri pokok syariat Islam. Amalan pula merupakan cabang-cabangnya yang dianggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta aqidah tersebut.<!–[if !supportFootnotes]–>[4]<!–[endif]–> Maka, keimanan tanpa amalan ternyata bukan ajaran Islam yang sebenar, begitu juga amalan tanpa iman terbukti merupakan kesesatan yang nyata dalam Islam. Perkara ini diterangkan di dalam al-Qur’ān dengan nyata.<!–[if !supportFootnotes]–>[5]<!–[endif]–>
Keimanan kepada Allah SWT mengambil tempat tertinggi dalam ajaran Islam. Di dalam dua kalimah syahadah, jika dilihat dengan mata hati melalui ilmu yang benar, akan terserlah kesempurnaan hidup berlandaskan Islam. Dua kalimah syahadah ini menafikan hakikat ketuhanan secara menyeluruh tetapi membangkitkan Allah SWT sebagai pengecualiannya. Malahan, pemaknaan dua kalimah syahadah ini juga mestilah dilakukan dengan membenarkan hakikat dua kalimah syahadah meresap ke dalam jiwa walaupun menggunakan bahasa yang difahami jika tidak mempelajari Bahasa Arab.<!–[if !supportFootnotes]–>[6]<!–[endif]–> Apa yang lebih ditekankan ialah hakikat penerimaan meng-Esa-kan Allah SWT di dalam diri insan tanpa disekutukan dengan mana-mana makhluk.
Realiti hari ini, umat Islam sebenarnya hidup dalam membenarkan keduniaan subur di dalam jiwa sehingga kepentingan dakwah dan Islam diletakkan di tempat yang kedua. Kecintaan terhadap dunia inilah mewujudkan konsep tritunggal baru (neo-trinity) dalam diri umat Islam kebanyakkannya – Allah SWT, Dunia, dan Malaikat Maut!<!–[if !supportFootnotes]–>[7]<!–[endif]–>
Zionis Dan Amerikanisasi
Hati saya sedikit gelisah tatkala melihat demonstrasi semakin kerap dilakukan saban hari. Demonstrasi itu penting bagi menyatakan ketidakpuasan kita terhadap kekejaman Israel membedil rakyat Palestin yang tidak berdosa. Namun, tidak ada usaha lanjutan daripada demonstrasi tersebut, malahan demonstrasi dilakukan dengan rasa seronok akibat kelulusan pihak kerajaan kepada semua institusi dibawah naungannya. Sedang mulut menyumpah Zionis, jari di tangan menyepit Dunhill. Menentang kemungkaran perlu melalui ilmu, bukan melalui perasaan yang membuta tuli.
Realitinya, budaya hidup barat sudahpun mencengkam masyarakat di seluruh dunia. Ketamakan golongan kapitalis dalam mencari sumber keuntungan yang tidak putus-putus memaksa mereka menyembelihan ramai nyawa yang tidak berdosa melalui manipulasi sistem sosial yang begitu jijik. Pengenalan terhadap gaya hidup moden pula menghambat masyarakat untuk berkerja sehabis mungkin dalam mengumpul harta dan memiliki barangan yang diidamkan tanpa memikirkan persoalan lain. Malah, hari ini, hampir 50% rakyat Malaysia melabur dalam skim cepat kaya dan berhutang dalam hampir kesemua sistem jual beli. Keadaan ini memaksa setiap penghutang untuk bekerja keras mencari duit dalam memenuhi kehendak sampingan sehingga terabai persoalan yang lebih penting dalam hidup – dakwah Islamiyyah.
Maka, apabila gesaan daripada pelbagai pihak untuk memboikot barangan Israel dan Amerika, ramai yang memberi alasan kebanyakan barangan tersebut adalah keperluan asasi hidup manusia. Paling menyedihkan, ada juga yang tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang kehilangan ahli keluarga serta tempat tinggal dan menafikan fatwa pengharaman pembelian barangan Israel dan Amerika. Apa sudah jadi dengan masyarakat Islam kita hari ini? Di dalam solat, hanya jasad mereka yang sujud menyembah Allah SWT, namun roh mereka masih kekal berdiri sambil mendabik dada.
Revolusi Guru Muslim
Jika dilihat dengan serius, masyarakat hari ini di ambang kemusnahan akibat pelbagai kemungkaran di sisi Islam diterima pakai bagi memenuhi keperluan nafsu dan keindahan jasadi. Jenayah hari ini semakin maju<!–[if !supportFootnotes]–>[8]<!–[endif]–> namun masih ramai lagi leka akibat lambakkan media massa yang mengenengahkan unsur-unsur ‘penenang’ seperti program hiburan dan realiti televisyen. Unsur-unsur ini secara langsung memasuki rumah kita tanpa perlu sebarang halangan lalu mendidik kanak-kanak dan golongan remaja untuk menjadikan budaya keseronokan sebagai cara hidup moden. Ada juga ibubapa yang terlalu sibuk dengan kerja harian sehingga menyerahkan tugasan mendidik anak-anak mereka kepada sang televisyen yang dicintai. Maka, hari ini kita dapat melihat pelajar-pelajar sekolah semakin ‘dewasa’ sehingga sanggup menggadai maruah dan jatidiri sebagai seorang muslim.
Dari sini datangnya peranan penting guru-guru muslim sebagai juruperubah masyarakat bermula daripada golongan muda yang masih mentah – kanak-kanak dan remaja yang bersekolah. Pendidikan di kelas sebenarnya salah satu cabang dakwah yang terbesar yang diamanahkan kepada kita sebagai penanaman ilmu yang benar lagi sahih. Peluang sebeginilah sepatutnya dijadikan sebagai satu kesempatan berdakwah dalam membentuk sahsiah serta aqidah golongan muda dengan berkesan dan berterusan. Namun hari ini guru-guru muslim lebih cenderung mengejar sukatan pelajaran yang diberi dan menyibukkan diri mengendalikan tuisyen-tuisyen yang membawa pulangan lumayan. Tidak kurang juga yang aktif menyertai syarikat jualan langsung dan sibuk menjual tupperware.
Belang ‘Akta 174’<!–[if !supportFootnotes]–>[9]<!–[endif]–>
Ramai penuntut-penuntut di institusi perguruan khususnya gementar tatkala kalimah maut ‘Akta 174’ disebut-sebut acap kali gerak kerja dakwah ingin dimulakan. Malah, akta ini kononnya dipakai untuk menggantung para pelajar daripada institusi yang berkenaan sehingga ketakutan terhadap akta ini meresap ke dalam jiwa mereka melebihi ketakutan mereka terhadap realiti masyarakat hari ini. Maka, kuranglah bilangan guru-guru yang benar berani tampilkan diri untuk menjadi contoh penggerak mobilisasi masyarakat yang benar-benar serius.
Perkara ini berbalik kepada penanaman aqidah yang benar. Kegagalan pendidikan di sekolah rendah dalam membentuk kerangka aqidah yang sihat merupakan kejayaan penerusan mentaliti sistem pendidikan yang bergantung sepenuhnya kepada mana-mana badan yang berkepentingan. Badan-badan ini sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengurus sistem pendidikan supaya lebih lancar dan bersistematik. Namun, akibat sogokan material dan kepentingan duniawi, pelbagai ancaman diberikan kepada penuntut yang ingin membawa kebenaran terhadap masyarakat di sekeliling. Tidakkah situasi ini dirasakan seperti déjà vu terhadap penindasan dan ancaman yang dikenakan terhadap masyarakat Islam sewaktu zaman Rasulullah SAW dahulu? Tepuk jiwa, tanya iman.
Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pemberontakan terhadap mana-mana pihak, namun harus diingat bahawa kebejatan sosial dan kerosakan iman manusia hari ini disebabkan keadaan manusia itu sendiri sifatnya lebih mementingkan kepuasan jasadi semata-mata tanpa memikirkan keadaan saudara yang lain serta menghayati kebenaran Islam yang sebenar-benarnya. Berbalik kepada aqidah, Allah SWT pasti menolong hamba-Nya yang menolong Islam.
Wahai Guru Muslim
Dakwah seharusnya dimaknai dengan ertikata yang lebih meluas. Alasan-alasan kosong bersulam ketakutan sepatutnya dicampak ke dasar laut atau dibakar menjadi debu. Tatkala umat manusia di seluruh dunia mengagumi peradaban Islam suatu ketika dulu yang terbukti membawa kesejahteraan manusia sejak sekian lama, kita hari ini masih lagi teragak-agak dalam mempraktikkan seruan-seruan Islam. Kebanyakkannya menjadikan Islam sebagai agama ritual semata-mata.
Guru muslim sepatutnya memulakan revolusi pendidikan yang kini saban hari menindas golongan-golongan yang lemah. Graduan-graduan universiti ramai yang keluar dan bekerja dengan syarikat-syarikat besar lalu membelanjakan sebilangan besar projek mega di tanah-tanah petempatan masyarakat lain bagi memenuhi nafsu tamak mereka. Keadaan ini berputar dari masa ke semasa, namun, tiada siapa yang mengiyakannya.
Guru sebagai pendidik harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dalam mendepani hakikat kejadian manusia di muka bumi ini. Persiapan ini semestinya didasari dengan kaedah-kaedah yang digariskan oleh Islam. Keberanian menegakkan kebenaran harus ditegak di dalam jiwa setiap guru supaya mengatasi kepalsuan yang semakin merebak dalam kalangan masyarakat hari ini. Masyarakat mesti dididik dengan ilmu, bukan dibela dengan nafsu.
Bangunlah wahai guru, tidurmu membawa mimpi ngeri kepada masyarakat.
<!–[endif]–>
<!–[if !supportFootnotes]–>[1]<!–[endif]–> Dibentangkan di Surau al-Falah, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (IPPPP) pada 20 Januari 2009 sempena Minggu Penghayatan Islam IPPPP.
<!–[if !supportFootnotes]–>[2]<!–[endif]–> Dibentangkan atas nama Ketua Usrah Pemikiran, Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API), Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP).
<!–[if !supportFootnotes]–>[3]<!–[endif]–> Di dalam al-D{arūriyyāt al-Khams dalam Maqās}id al-Sharī ‘ah, aqidah atau agama diletakkan di tangga teratas sebagai tujuan utama Islam disyariatkan kepada manusia.
<!–[if !supportFootnotes]–>[4]<!–[endif]–> Lihat, Sayid Sabiq, Akidah Islam (judul asal: al-‘Aqāid al-Islāmiyyah), (Pustaka Jiwa Sdn. Bhd., Kuala Lumpur:2003), hal. 1.
<!–[if !supportFootnotes]–>[5]<!–[endif]–> QS al-Baqarah 2:25, QS al-Nahl 16:97, dan QS Maryam 19:96.
<!–[if !supportFootnotes]–>[6]<!–[endif]–> Lihat, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Konsep Syahadah Dalam Islam, dalam Aqidah Koleksi Dakwah, (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur:2007), hal. 4.
<!–[if !supportFootnotes]–>[7]<!–[endif]–> Apabila di dalam diri insan yang lemah iman, Allah SWT hanya hadir di dalam ingatannya tatkala di dalam kesusahan, kecintaannya terhadap dunia semakin kuat sehingga mengejar sebanyak mungkin kepentingan duniawi, dan ketakutan akan datangnya ajal semakin membuak-buak sehingga dia sanggup menggadaikan iman demi menjaga nyawa.
<!–[if !supportFootnotes]–>[8]<!–[endif]–> Rogol bergiilir-gilir, sumbang mahram, tembak dan bom manusia, sembelih kanak-kanak hidup-hidup, kelar manusia kemudian bakar, tetak kepala dan badan manusia berkali-kali, culik kanak-kanak kemudian potong untuk dimuatkan ke dalam beg, rakam aksi rogol di dalam telefon bimbit berkamera, dan sebagainya
<!–[if !supportFootnotes]–>[9]<!–[endif]–> Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)





moga2 guru2 yang membaca tulisan ini diberi hidayah dan taufiq. dai’e2 pula turut menjadi pendidik….insyaALLAH
InsyaAllah kami akan meneruskan perjuangan dalam pendidikan berdasarkan ISLAM.. Doakan kami..
Students of B.Ed, 2004-2009.IPTKL.
salam ziarah…smg bkl2 guru mngmbl iktibar & pedoman…dharp ana dpt melnjtkn peljrn ana ke mktb…even k[tsn spm ana krg memuaskan,ta ct2 ana untk mendidik anak bangsa dgn islam tak prnh pdm..doakan ana…insyaallah…
Salam Mujahidahfillah…
Insya-Allah, niat yg baik akan dipermudahkan jalan oleh Allah. Cikgu xsemestinya kena masuk maktab. Yg penting niat yg betul serta usaha di atas jalan yg benar.
Yg penting menjadi pendidik (murabbi) kepada manusia.