Satu demonstrasi besar-besaran mengutuk serangan tentera Zionis LaknatuLllah ke atas Semenanjung Gaza akan diadakan secara besar-besaran di Masjid Kapitan Keling pada 2hb Januari 2009 (Jumaat) selepas solat Jumaat. Solat hajat akan dilakukan selepas tamat solat Jumaat dan diiringi dengan demonstrasi membantah sekeras-kerasnya kekejaman anjing Zionis terhadap rakyat Palestin. Sila bawa bersama-sama kasut yang terpakai atau yang buruk untuk upacara melontar ke arah gambar George W. Bush, Shimon Peres dan Ehud Olmert dalam demonstrasi mengutuk serangan askar Israel ini.
Hadirlah beramai-ramai tanda sayang kepada saudara Islam kita di Palestin yang ditindas dan dilanyak puak Zionis LaknatuLllah di bawah naungan Amerika yang jahanam. Tunjukkan keprihatinan kita, serlahkan jiwa jihad kita, moga Allah s.w.t. memberi kita kekuatan dalam menegakkan Islam hingga ke akhir hayat.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan kepada saudara kita di Palestin, bolehlah berbuat demikian dengan melawati web Muslim Aid Asia. Keprihatinan anda menyelamatkan manusia.






salam,
saja jenguk2 blog..keep up the good writting.
FADZLAN
http://jalakmas.blogspot.com/
http://papan9.blogspot.com/
KEMPEN STOP THE WAR: http://papan9.blogspot.com/2009/01/stop-war.html