
Hati saya begitu pilu bilamana rakyat di Semenanjung Gaza diserang oleh askar Israel sehingga hampir ratusan terbunuh. Malah saya begitu terkilan kerana kesuntukan masa untuk menulis membantu saudara Islam di Palestin sana. Saya mahu sumbangkan sesuatu kepada mereka. Saya mahu fahamkan semua umat Islam di Malaysia tentang kondisi peperangan di sana. Namun, saya tidak mampu. Saya sangat-sangat kesal.
Hambatan kemungkaran di Pulau Pinang meletihkan badan. Daripada isu i-Dance, Islam Liberal, gejala sosial, serangan pemikiran, budaya kepenggunaan, dan berbagai lagi menjerut jiwa masyarakat tanpa putus. Jika semua isu saya mahu menjuarai, saya bukanlah seorang da’ie yang cekap.
Tulisan kali ini saya nukilkan dalam keadaan yang sangat sibuk. Saya mahu luahkan ketidakpuashatian saya terhadap Yahudi Zionis LaknatuLllah yang membunuh saudara Muslim kita di bumi Palestin. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja entri kali ini saya mencarut habis-habisan, tetapi apakah hasilnya? Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya ke bumi Palestin membunuh semua askar Yahudi, tetapi berjayakan saya? Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya meletupkan diri di pejabat pentadbiran Israel, tetapi terhentikah serangan mereka terhadap Palestin?
Ramai akan kata saya ‘extreme‘. Ramai akan kata saya ‘bangang’. Ramai juga akan kata saya ’sesat’. Mengapa dunia jadi begini? Membela habis-habisan manusia yang ditindas selama beratus tahun dikatakan ‘jahat’. Memberi ruang manusia lain bersekongkol melakukan maksiat dikatakan ‘tolak ansur’ atau ‘berfikiran terbuka’. Persetan!
Inilah dunia realiti. Apabila berkait Islam, pro-Islam dikatakan mundur. Pro-modenisasi dikatakan hebat. Mahu berdebat, ilmu mereka sangat-sangat cetek. Ilmu tidak ada, hanya menggunakan akal. Mahu dikatakan bangang, kurang pula adab. Mahu memberi muka, tidak sama sekali. Umat Islam ramai, tetapi sedikit sahaja mereka yang memaknai Islam dalam jiwa raga mereka.
Saya bukanlah full time blogger. ‘Perang’ di dalam blog. Malah, blog saya jarang sekali dikemaskini dengan kerap. Mungkin sebulan sekali tulisan saya. Saya full time activist! Turun ke lapangan, mencantas akar maksiat, membaja kekuatan umat. Insya-Allah.
Entri kali ini bukanlah artikel, tetapi tulisan ‘geram’ terhadap anjing Zionis. Saya juga kesal dan kecewa kerana tidak dapat melahirkan pejuang-pejuang Islam seangkatan dengan saya. Mungkin kerana jiwa saya belum benar-benar bersih.
Saya sangat kesal. Saya sangat kecewa. Tetapi saya tidak boleh duduk saja!
* Demonstrasi membantah serangan Israel ke atas Gaza akan diadakan. Maklumat lanjut saya akan beritahu. Bangsat Zionis!














Izzat, aku terkejut bila puak yahudi nih bleh gugurkan lebih 100 tan bom kat rakyat Palestin. 100 tan bom bersamaan 100 000 kg bom! terang2 israel dah lakukan keganasan, tetapi takda sapa yang berani kondem. Isu di Mumbai, dapat liputan meluas, walhal siapa yang lakukan belum dapat dikenal pasti. Geram, memang geram sangat! Takpa Izzat, apa yang bro juangkan di Penang, dah cukup cantik. Kami di Muslim Aid insyaAllah akan cuba untuk salurkan sumbangan Gaza Appeal ini untuk masyarakat di Palestin. Kita doakan agar Allah berikan perlindungan kepada mereka yang teraniaya di sana..Kita doakan.
xda guna bagi sumbangan duit atau kata kata..
kite kene belajar bersunggoh la baru berilmu..
ni dah la bodo, malas nak belajar plak tu..
sampai bila boleh wat bom yang bleh meletupkan amerika..
aku bukan kata kat ko jat..
aku kata kat org islam yang bodo je yang len..haha
doa sunguh2.. semoga ALLAH lindungi saudara2 kita di sana. Kuatkan iman dan semangat juang mereka disana. Semoga ALLAH mmberi kjayaan kepada kita. Tak syahid di dunia, syurga di akhirat. Tabahkan hati mereka dan kesabaran mereka di sana. amin2 rabbal alamin
Palestin menangis kerana ARAB bertelagah, Patani menangis kerana MELAYU MALAYSIA abaikan………
Siswa kita terlupa sejarah 4 negeri Melayu di Selatan Siam ke???
Salam kepada anti ijat…
atleast ijat ada sesuatu disumbangkan pada ISLAM..
fikirkan apa yang boleh kita sumbangkan pada ISLAM dan jgn sesekali hnya berfikir apa yang ISLAM sumbangkan untuk kita..fikir2kan…teruskan menulis IJAt
SALAM UKHWAH
KeARAH(Kelab REmaja HALUAN 2007)(
Salam.
Syukran Asrul. Tapi banyak lagi aku tak sumbang kepada Islam.
assalamualaikum wtb.
maaf mengganggu. ini pertama kali saya melawat blog saudara. syabas saya ucapkan. menulis membentuk pemikiran yang lebih matang. jangan risau menulis. paling teruk pun masuk ISA aje.
gini, saya memang tak keruan bila melihat mangsa serangan yahudi laknatullah ke atas penduduk di tebing gaza.
maka terfikir saya pada suatu keadaan. Allah swt menjadikan alam semesta ini. Semua ini kepunyaannya. Kita dijadikan sebagai hambanya yang diberi tugas sebagai khalifah di bumi ini sahaja. planet lain tak kira.
adakah tugas menjadi khalifah ini cukup senang?.. hanya duduk di hadapan tv melihat khalifah lain ditamatkan riwayatnya.
jawabnya… mestilah tidak… saya yakin ramai akan menjawab begitu. jadi apa sebenarnya serangan ini? Mengapa Allah swt membenarkan ia berlaku?
jawabnya… inilah soalan Allah swt kepada semua khalifah yang mengaku muslim… adakah kamu berani memecah sempadan yang dibina manusia dan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan dunia ini dari tangan kotor dan membawa manusia semua menuju ke jalan yang lurus? beranikah kita?
lupakah kita kepada bencana ekonomi sekarang? pelbagai kesimpulan, pelbagai andaian dikeluarkan. namun masih tidak mahu mengakui semua ini ada di dalam genggaman Allah swt. “kun faya kun”. nak jadi, jadilah dia. tidak tertahan -tahan lagi kehendak Allah swt. itu warning Allah swt.
Wajib bertaubat dan berdoa. Yang sudah mati di palestin, semoga Allah meletakkan kamu sebaris dengan golongan syummul di bawah panji Rasullullah saw. Bagi jenazah kanak-kanak, kamulah yang paling beruntung… Allah amat sayang kamu… terus Dia memberi syurga kepadamu… (maaf… aku menangis)..
baiklah… teruskan berdoa. sehingga suatu hari nanti, Imam Mahadi akan memecah semua sempadan negara dunia ini. Jika kita masih hidup, masih ada tenaga… ingat, wajib kita fisabilillah.
janji Allah itu benar. doa kita sebenarnya sudah dimakbulkan. dahulu kita berdoa agar musnahkan orang yang mengutuk Rasulullah saw. kita minta kucar kacirkan ekonomi mereka dengan memboikot barangan. sekarang Allah swt sudah memakbulkan. satu dunia merasa kesan ruduman ekonomi yang tak tahu bila pulihnya.
sekarang kita minta hapuskan segala musuh-musuh islam… bersabar… Allah swt ada perancangannya. jika ia membabitkan bala bencana dunia, jangan kita mengeluh kerana itulah hasil doa yang kita minta.
berjihadlah kita. walaupun hanya membulatkan mata kerana itu yang kita mampu. jika ada peluang, aku juga mahu gugur syahid menegakkan syiar Islam.
buat masa sekarang, aku berjuang melawan manusia dangkal di laman web http://www.topix.com/forum/world/malaysia
ramai musuh islam sedang bersuka ria di sana.
maaf panjang berjela. moral of the story, tiada ada satu pun yang ada di alam semesta ini yang bukan kepunyaan Allah. wang di saku anda juga milik Allah. nafas anda juga milik Allah. najis anda juga milik Allah. jangan sombong dan bongkak. bertugaslah kita sebagai khalifah. moga di alam barzakh kita akan beroleh kemenangan.
nice article … “Love Palestine, Save Palestive”
>> Blog Walking …. >>