
Penganjuran pertandingan i-Dance oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Danzity Dance House dan Hotlink yang diwarwarkan sebagai aktiviti riadah sebenarnya boleh membawa lebih banyak keburukan daripada mendatangkan manfaat terutama kepada golongan belia yang terlibat. Malah penganjuran street dance ini dilihat sebagai aktiviti yang memburukkan lagi iklim pendidikan belia di Malaysia yang kian pincang saban hari.
Penyertaan pertandingan secara terbuka ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja yang masih bersekolah, malahan golongan muda yang beragama Islam. Pertandingan yang dimulakan pada jam 7.00 petang ini dikhuatiri menyebabkan golongan belia Islam yang menyertai mahupun menjadi penonton akan mengabaikan solat Maghrib seterusnya melalaikan mereka sehingga lewat tengah malam.
Saya jelik melihat ada pihak yang membandingkan budaya street dance dengan budaya rosak yang lain seperti rempit dan sebagainya. Perbandingan ini seolah-olah nampak logik dengan memenangkan street dance sebagai budaya yang sihat dan mengisi masa lapang supaya tidak terjebak dengan dadah, alkohol, melepak, mencuri, merempit, dan sebagainya. Persoalan sebenarnya ialah golongan belia yang menagih dadah, peminum alkohol tegar, pencuri kenderaan orang lain, remaja yang merempit di jalan raya, mereka ini tidak langsung berminat dengan aktiviti street dance ini!
Di Sebalik Street Dance
Budaya menari dalam pertandingan ini sebenarnya berasaskan keseronokan hiburan semata-mata disamping unsur-unsur pergerakan tangkas yang kononnya memberi kesihatan kepada badan. Elemen tradisional juga turut diselitkan dalam pergerakan ini sebagai syarat untuk menampakkan bahawa adat tradisi dalam tarian turun-temurun yang diberi nafas baru. Namun, sebenarnya elemen sebenar tarian tradisional bukanlah pergerakan atau gaya tari tetapi penghayatan dan kesan kebudayaan hidup masyarakat di Tanah Melayu dahulu yang diterjemahkan ke dalam tarian. Perkara ini berlaku secara semulajadi melalui fasa-fasa tertentu hinggalah kebudayaan tempatan ‘dibunuh’ oleh unsur hiburan dari Barat seperti street dance ini.
Penerimaan budaya tarian Barat ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada pihak media yang melambakkan rancangan-rancangan hiburan yang bertemakan ‘keseronokan ala moden’. Rancangan seperti Sehati Berdansa, So You Think You Can Dance?, dan sebagainya sebenarnya mempromosikan budaya hidup masyarakat Barat yang berteraskan hiburan dan material semata-mata. Ini sama sekali berlawanan dengan adat ketimuran yang dipegang oleh masyarakat di Malaysia selama ini. Malahan, sejarah perkembangan Tanah Melayu yang dilihat secara telus sebenarnya menyatukan kaum-kaum di Malaysia sehinggalah campur tangan pihak penjajah British yang menjalankan dasar pecah dan perintah serta kesinambungan dasar pendidikan yang menyimpang.
Aktiviti street dance ini juga sebenarnya merupakan ‘gula-gula’ untuk menarik perhatian golongan belia supaya mereka ini mudah dibelokkan perhatian serta menjadi kurang sensitif dengan isu-isu semasa yang menindas masyarakat Malaysia saban hari. Isu rundingan United State Free Trade Agreement (USFTA), isu penindasan golongan kapitalis terhadap rakyat di setiap pelusuk negeri di Malaysia, isu penghakisan budaya tempatan melalui pengaruh media secara terus kepada masyarakat, isu krisis ekonomi dunia yang meruncing, dan lain-lain lagi seharusnya didukung oleh golongan belia bagi membela nasib rakyat Malaysia supaya impak negatifnya kurang pada hari mendatang.
Namun, penganjuran aktiviti hiburan seperti ini secara rasmi nampaknya meruncingkan lagi kesedaran belia pelbagai kaum di Malaysia dalam menangani bersama isu-isu luar serta dalam negara yang bakal memberi impak negatif jangka masa panjang kepada masyarakat. Maka, pemimpin yang akan lahir sedekad akan datang diramalkan mempunyai ideologi berseronok semata-mata tanpa memikirkan nasib serta kehidupan rakyat umumnya. Siapa yang harus dipersalahkan? Pemimpin yang bakal dilahirkan ini atau pemuda-pemudi ‘gila hiburan’ sekarang yang bakal menjadi ibubapa mereka?
Tarian Tradisional Masyarakat Cina
Secara umumnya, masyarakat Cina terlibat secara langsung dengan pertandingan street dance ini jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Latar budaya masyarakat Cina yang penuh dengan adat serta seni tarian sepatutnya dibela dengan ketat tanpa kompromi. Tarian opera Cina pada hari ini dilihat kurang sambutan oleh golongan muda pelbagai kaum terutama kaum Cina akibat kuatnya pengaruh tarian Barat yang melambak di media massa.
Sewajarnya adat Cina seperti tarian tradisional diberi tempat yang sepatutnya. Seni tarian masyarakat Cina dikenalpasti sebelum penemuan tulisan Cina yang pertama. Pasu seramik yang dijumpai di tapak arkeologi Sun Chia Chai di negeri Ta-tung yang terletak di barat tanah besar China mempunyai ukiran pergerakan tarian yang unik. Kajian artifak purba yang menunjukkan budaya masyarakat Neolitik Yang-shao terlukis dalam gambaran pergerakan tangan dan kaki manusia yang diseragamkan oleh mainan alat muzik sudahpun wujud pada abad keempat sebelum Masihi. Ini membuktikan bahawa seni tarian tradiosional wujud subur dalam sosial hidup masyarakat Cina ketika itu.
Malah, tarian tradisional masyarakat Cina dibahagikan kepada dua iaitu tarian rakyat dan tarian tentera semasa era Shang dan Chou pada abad pertama sebelum Masihi. Dalam tarian rakyat, penari akan memegang bulu yang memberi simbol buah sewaktu tiba musim memburu haiwan atau menangkap ikan. Tarian ini kemudiannya berkembang menjadi tarian yang digunakan dalam upacara korban oleh maharaja yang dilakukan di luar istana dan seterusnya menjadi tarian yang digunakan dalam upacara keagamaan. Manakala penari tentera yang ramai bilangannya, digunakan di dalam unit tentera sambil memegang senjata dan bergerak ke hadapan dan ke belakang dalam koordinasi gerak kumpulan. Tarian ini kemudiannya berkembang menjadi pergerakan yang digunakan dalam senaman tentera.
Tarian Cina yang banyak menggunakan koreografi pergerakan tangan dan kaki sebagai simbol penghayatan semangat langit dan bumi (heaven and earth) yang diterjemahkan dalam aspek harian sehingga melibatkan perasaan perkongsian rasa gembira dan indah daripada penari kepada penonton. Malah, tarian tradisional Cina ini memberi satu rasa perhargaan sama ada kepada penari mahupun penonton di sekeliling mereka.[1]
Saya sama sekali tidak nampak penganjuran street dance membela atau memperkenalkan tarian masyarakat Cina yang penuh dengan adat dan seni kepada masyarakat di Malaysia secara umum. Malah, penganjuran pertandingan seperti ini sebenarnya menjadi perencat kepada perkembangan budaya masyarakat Cina di Malaysia dengan penghakisan adat resam mereka sendiri melalui pengaruh budaya Barat.
Riadah atau Redah?
Street dance sebagai riadah golongan belia merupakan alasan yang kurang kukuh kerana tarian sebegini langsung tidak mencakupi makna ‘sihat’ yang sebenarnya. Kesihatan sepatutnya dipandang dari sudut yang lebih holistik melalui penerapan nilai fizikal, mental, emosi, sahsiah, dan spiritual. Penganjuran street dance dilihat menekankan aspek fizikal semata-mata dengan menyelitkan unsur keseronokan hiburan Barat bersama-sama gaya menari yang direkacipta sendiri. Ini sama sekali berbeza jauh daripada tarian tradisional yang lahir secara semulajadi melalui budaya dan adat tempatan serta dizahirkan melalui penghayatan gerak tari dalam rentak muzik yang penuh seni.
Penganjuran street dance ini juga dikatakan budaya sihat dengan larangan dadah dan alkohol semasa penganjurannya. Alasan ini jelas kelihatan ‘jauh panggang dari api’ kerana punca utama menagihan dadah dan alkohol bukanlah berasal daripada tarian jalanan. Malah, jika penganjur benar-benar ingin membanteras penagihan dadah dan alkohol dalam kalangan belia hari ini, sepatutnya kempen roadshow se-Malaysia atau penganjuran bengkel ‘Bebaskan Belia daripada Dadah dan Alkohol’ dianjurkan secara besar-besaran melalui dana sumbangan kerajaan dan orang ramai.
Seharusnya kerajaan negeri mengkaji dahulu kesan penganjuran aktiviti seperti ini kepada belia pelbagai peringkat umur serta berbilang latar belakang. Sikap sambil lewa serta redah dalam menganjurkan aktiviti seperti ini sepatutnya dielakkan bagi mengurangkan risiko kebejatan gejala sosial yang boleh meruntuhkan nilai moral masyarakat Malaysia. Sebagai bakal guru, saya melihat penganjuran aktiviti hiburan sebegini adalah bertentangan dengan dasar serta tujuan pendidikan yang dirangka di sekolah.
Riadah street dance ini juga seharusnya tidak dianjurkan secara terbuka dan meriah kerana boleh menyebabkan remaja yang masih bersekolah kurang berminat dengan ilmu lalu terjun ke alam hiburan di usia yang masih muda. Saya masih ingat lagi tatkala saya mengikuti latihan mengajar sebagai guru praktikal di sebuah sekolah di Perai, Pulau Pinang. Apabila saya bertanya kepada salah seorang anak murid saya di dalam kelas yang kurang berminat untuk belajar tentang cita-citanya di masa hadapan, dia menjawab,
I want to be a dancer”
Selepas Menari
Di dalam sosiologi, antropologi dan pengajian budaya (cultural studies), subculture adalah sekumpulan manusia dengan budaya (nampak ataupun sembunyi) yang berbeza dengan budaya besar (major culture) di mana mereka tinggal.[2] Perkara yang paling ditakuti oleh para intelek sejarah dan pendidikan adalah timbulnya subculture yang menyimpang dari nilai kemanusiaan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya struktur sosial sesebuah negara. Budaya punk, black metal, gothic, hiphop, dan sebagainya yang melambak di Barat sepatutnya dijadikan iktibar kepada masyarakat di Malaysia.
Budaya-budaya ini lahir selepas wujudnya unsur hiburan yang dibawa pada awalnya dengan alasan kononnya meluangkan masa melalui minat yang sama. Kemudian, budaya sebegini menjadi satu gaya hidup di mana penampilan luaran direkacipta dan dijadikan lambang kumpulan masing-masing. Maka, selepas itu sikap gah dengan kumpulan masing-masing mula menguasai diri, malah sifat dengki dan iri hati dengan subculture yang lain timbul sehingga mengakibatkan pergaduhan serta pembunuhan.
Budaya punk tidak dapat lari dengan imej rambut serta pakaian duri mereka dan budaya hiphop tidak dapat lari dengan imej senjata, dadah, dan teman wanita seksi mereka. Pengenalan imej-imej setiap kumpulan sebeginilah yang menyebabkan timbulnya pemikiran yang tidak sihat malah menjadi satu ideologi yang sangat merosakkan sistem hidup manusia.
Belia di Malaysia suatu ketika dahulu dipopularkan dengan budaya rap dan kemudiannya budaya ini hilang ditelan modenisasi hidup. Hari ini pula, timbul pelbagai subculture yang mempunyai asas yang sama dengan rap tetapi berbeza dari segi aspek luaran. Street dance juga sama sekali tidak akan bertahan lama dan akan lenyap ditelan arus globalisasi yang sangat deras. Ini kerana subculture street dance ini bukanlah satu budaya yang lahir daripada sistem sosial masyarakat secara semulajadi tetapi direkacipta sebagai mengisi keseronokan sementara, sama seperti punk, hiphop, gothic, dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Jadi, mengapa perlu mengangkat subculture ini menjadi sebahagian daripada projek terbesar pihak berkuasa sehingga mengenepikan unsur pendidikan dan adat resam budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia?
Bantah i-Dance!
Penganjuran i-Dance oleh Kerajaan Pulau Pinang seharusnya dihentikan bagi mengurangkan kesan buruk jangkamasa panjang masyarakat di Pulau Pinang khususnya. Alasan street dance ini merupakan riadah dan penggunaan alkohol serta penagihan dadah dikawal sewaktu pertandingan langsung tidak menunjukkan langkah pencegahan awal oleh pihak yang terbabit. Saya pasti selepas promosi kelas tarian serta budaya street dance ini di Pulau Pinang, akan timbulnya pertandingan seumpama ini yang akan dianjurkan secara kerap oleh pelbagai pihak. Maka, di waktu itu pemantauan terhadap unsur-unsur negatif tidak dapat digunakan akibat kekurangan tenaga manusia yang kononnya ingin mengawal tingkah laku buruk golongan belia.
Pembantahan i-Dance ini juga bukanlah omong-omong kosong malah berdasarkan keilmuan serta pemahaman melalui pelbagai bidang ilmu yang benar. Saya sama sekali tidak akan berganjak daripada keputusan pembantahan ini. Saya berdiri sebagai seorang rakyat Malaysia yang ingin membela adat resam budaya pelbagai kaum di Malaysia dan saya juga berdiri sebagai seorang muslim yang faham atas pengajian saya selama saya masih hidup.





Pandangan anda sebagai seorang muslim dan sebagai seorang mahasiswa amat sempit dan menghampakan.
kebudayaan tempatan ‘dibunuh’ oleh unsur hiburan dari Barat seperti street dance ini….
Budaya itu hidup dan sentiasa berubah, jadi hakikatnya ini adalah budaya zaman ini. Ini adalah hakiki, mengapa anda ingin menolak hakikat zaman?
…sebenarnya mempromosikan budaya hidup masyarakat Barat yang berteraskan hiburan dan material semata-mata…
Kenapa pula salahkan barat? budaya tari menari adalah universal. semua masyarakat pun ada menari. Masyarakat melayu pun ada tariannya sendiri. Perubahan gaya tari dan pengaruh nya pula adalah seperti saya jelaskan tadi, perkembangan zaman. Pandangan anda adalah suatu tuduhan membuta tanpa meneliti antropologi.
……….isu rundingan United State Free Trade Agreement (USFTA), isu penindasan golongan kapitalis terhadap rakyat di setiap pelusuk negeri di Malaysia, isu penghakisan budaya tempatan melalui pengaruh media secara terus kepada masyarakat, isu krisis ekonomi dunia yang meruncing, dan lain-lain lagi seharusnya didukung oleh golongan belia bagi membela nasib rakyat Malaysia supaya impak negatifnya kurang pada hari mendatang………..
DImana bukti anda? Bukan semua orang mahu terlibat dalam isu-isu berat seperti USFTA. Mengapa haruskah semua belia terlibat dengan isu-isu tersebut? Hanya kerana anda berpandangan sepeti itu?
Tuduhan anda sekali lagi tidak berasas. Masalah ekonomi yang dihadapi adalah masalah dunia, apa sangat remaja belasan tahun boleh buat? Anda membuat perkiraan yang tidak wajar sekali. Anda mnonjolkan sikap ekstream terhadap budaya-budaya baru.
DAN AKHIR SEKALI, kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan penyertaan golongan Muslim daripada terlibat dalam acara tersebut. jelas bahawa anda menulis tanpa mengambilkira keadaan hakiki. Penulisan anda adalah tidak bertanggunjawab, kerana telah mencipta fitnah terhadap pihak kerajaan Pulau Pinang.
Tuduhan dibuat tanpa kaji selidik dan ikut benak nafsu sahaja. Belia seperti andalah yng memberi gambaran buruk terhadap masyarakat Islam, anda terus mencipta ketakutan dalam diri orang buan Islam dan pada waktu yang sama menjauhkan mereka daripada jalan kebenaran.
- Oh, yeke?
- Nampak sangat tak faham fundamental globalisasi dan sejarah kolonialisasi. Balik rumah kaji kejatuhan peradaban Greek.
- Siapa kata remaja sebegini perlu berbuat sesuatu untuk menangani krisis ekonomi dunia? Pendedahan isu semasa sebegini perlu supaya remaja zaman sekarang mengetahui secara umum dan boleh bermandiri dalam era globalisasi hari ini. Dan supaya mereka tidak jadi seperti kamu.
- Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan lelaki dan perempuan Islam bercampur, bukan tidak benarkan lelaki dan perempuan Islam menyertai pertandingan ini. Kamu baca surat khabar dengan mata atau kepala lutut?
- Kamu takutkah? Kalau kamu takut, sekurang-kurangnya ada rasa ’sensitif’ terhadap kondisi belia Islam hari ini. Kalau kamu tidak takut, kamu ‘mandul’ rasa.
- Wah, sempitnya pemikiran kamu. Tak bacakah kenyataan saya dalam ‘Islam, Jantina dan Seks’? Ataupun kamu baca dengan kepala lutut?
saya tak berapa setuju dengan en parlimen rakyat ni…
“Bukan semua orang mahu terlibat dalam isu-isu berat seperti USFTA. Mengapa haruskah semua belia terlibat dengan isu-isu tersebut? ”
….
memang bukan semua mahu terlibat dalam isu berat tapi semua perlu didedahkan..supaya tak buta isu…bila ditanya kata tak tahu…dan pimpinanlah yang perlu “concern” tentang perkara ini.kene inform masyarakat supaya berjaga2 dan jagan menyesal dikemudian hari
kata en parlimen rakyat juga “Tuduhan anda sekali lagi tidak berasas. Masalah ekonomi yang dihadapi adalah masalah dunia, apa sangat remaja belasan tahun boleh buat? Anda membuat perkiraan yang tidak wajar sekali.”
jangan pandang rendah pada remaja..mereka juga ada akal. boleh berfikir. itukan proses memantangkan remaja..takkan i dance boleh matangkan cara berfikir..kalaula boleh..bagaimana ye..
prevention is much2 better than cure…berfikir sebelum bertindak
Saya hampir muntah darah apabila melayari akan laman web darahmerdeka.blogspot.com, laman web ini menggambarkan bertapa ekstrem dan sempit fikiran penulis blog ini.
Kepada Su.
takkan i dance boleh matangkan cara berfikir…
Adakah pemikiran penulis ini sendiri matang? Pada pendapat saya penulis darah merdeka adalah amat sempit dan tidak mengambil kira perhitungan hakikat.
Kematangan berfikir tidak datang dengan pemikiran yang sempit. Fikiran harus dibuka…
Prevention is much better then cure? You are suggesting that a simple program like i-dance would cause that much harm? What else are you against? X-Sports? Teater? Music? Rock bands? I bet you would even call for gays and lesbians to be killed… and you might just even be judgemental towards them. Oh im sure you will be happy if the goverment bans women from driving… like you said prevention is better then cure, oh and you would definitley love it if they ban women from walking on the street after 5pm.
Pandang rendah pada remaja? Bila masa saya pandang rendah? Saya cuma menyatakan bahawa mereka tidak terdaya melawan kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia. Malah US sekali pun tidak dapat melawan tindak balas pasaran yang begitu damana sekali. Memanglah boleh berfikir, tetapi itu tidak bererti mereka harus dipaksa berfikir, biarkan mereka mencari minat mereka sendiri. Yang hendak mencipta fitnah terhadap kerajaan negeri dan membuat tuduhan tidak berasas akan sesuatu program itu kenape?
… kena hati2 tulis kalau ada melibatkan orang lain… maklumat kena tepat, sebab takut ada yg teraniaya / terfitnah.
tak apa, lain kali lebih hati2.
don’t give up!
hahaha…… mukadimah gelak adalah sesuai untuk perbincangan kanak².
Sebenarnya, saya sedikit x bersetuju dgn saudara izat dalam hal ini. Da’ie x perlu risau dgn ancaman kebudayaan yg kosong pengisian harmoni nie. Cuma jelas bagi saya, ini adalah pendapat peribadi saudara izat. Sedangkan artikel ini telah dihantar ke yahoogroup NGO yg “bukan samseng” pn tiada siapa yg melenting :p
Siswa patut kreatif & puitis dlm hal ini
Da’ie patut counter balik serangan i-Dance nie. Aktif dalam sukan atau sebarang seni mempertahankan diri. Takut2, org lebih hormat kepada peseta i-Dance yg berbadan kekar.
to Abg parlimen rakyat, bley tunjuk sket skill2 shuffle ke… ke tau pogo2 je
Salam.
Terima kasih kepada saudara Faris.
Sebenarnya ini bukan pendapat peribadi aku, tetapi penilaian ilmu dan pengalaman aku selama bergelumang dengan sahabat-sahabat yang menarik kembali remaja-remaja bermasalah di kompleks-kompleks membeli belah. Golongan remaja ini sebenarnya diberi ‘peluang’ ke arah budaya sebegitu, maka mereka sendiri akan terikut-ikut sehingga menjadi melampau. Masa kecik dulu aku suka main bola sepak tapi tak suka main bowling sebab tinggal di rumah kampung sebelah padang bola, tapi hang suka main bowling tapi tak suka main bola sepak sampai sekarang sebab rumah dekat kompleks membeli belah. Kenapa? Itulah ‘peluang’ yang dibuka namanya. Analogi yang sama juga untuk ‘peluang’ street dance secara besar-besaran ini.
Parlimen Rakyat memberi pendapat melalui rasionalnya, aku memberi buah fikiran melalui ilmu dan pengalaman aku ketika berada di lapangan bersama-sama remaja bermasalah sebegini.
Saya merupakan drummer sebuah band di USM iaitu band C# (baca sebagai C-Sharp). Minat saya terhadap muzik dan bakat semulajadi saya dalam percussion sewaktu di sekolah menengah menyebabkan saya menyertai band ini. Saya jamming di studio bersama-sama rakan yang lain apabila berkelapangan sahaja. Malah, saya sendiri tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan ‘battle of the band’ ataupun yang seangkatan dengannya walaupun berkali-kali dipujuk oleh rakan-rakan yang lain. Pelbagai alasan saya kemukakan supaya saya langsung tidak terlibat dalam pertandingan sebegini. Mereka sendiri akan mencari pengganti jika mereka ingin menyertai pertandingan.
Alasan saya? Saya menghargai bakat yang saya ada sehingga saya selalu jamming bersama rakan-rakan, tetapi saya tidak sesekali menggunakan bakat saya untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai terutama dalam suasana yang penuh dengan kemaksiatan. Kerana saya akan dipersoalkan di Akhirat kelak. Itu prinsip saya.
Ini juga diibaratkan kepada pertandingan i-Dance. Penganjuran pertandingan seperti ini sebenarnya membuka ‘peluang’ remaja untuk menyertai dan meperkenalkan street dance secara rasmi kepada msyarakat umum. Jika terlalu minat untuk menari, menari saja di kaki lima atau di kompleks beli-belah bersendirian. Mengapa perlu penganjuran besar-besaran? Malah kerajaan negeri sendiri yang menganjurkan.
Penganjuran budaya sebegini membuka ruang kepada masyarakat umum untuk menerima unsur hedonisme secara beransur-ansur. Bandingkan dengan pertandingan atau program yang berunsur ilmiah dan akademik. Jauh sama sekali sambutannya kerana ‘peluang’ dibuka hanya sedikit!
Didik rakyat dengan ilmu bukan bela rakyat dengan nafsu.
Erm, penilaian ilmu dan pengalaman ko maybe salah psl rumah aku depan padang bola
tu la, dh duduk kulim tu bukan nk dtg lawat umah aku :p [iklan sebentar ye en parlimen rakyat, jgn marah]
Saya tidak ingin menyatakan siapa yg salah, atau pun di pihak yg benar. Harap pembaca yg lain sudi menjadi hakim dlm hal ini.
Pemerhatian sy, debat di dalam kolum komen ini agak melampaui batas Islam, kerana kedua2 pihak sudah jelas ayat2 “emosi” -nya lalu tidak selari dgn adab2 ilmu dalam berdebat.
To parlimen rakyat, jgn memperkecilkan aktiviti2 kerajaan negeri & mengabaikan impak kepada masyarakat. Aktiviti ini mencerminkan polisi kerajaan & sy berpendapat ia sama berat dgn hal2 berkaitan rakyat marhean yg lain.
To izat, mcm mana org x marah lantas menggunakan nama parlimen rakyat. Pasal artikel blog ini sering senada dgn UMNO & cybertroopers UMNO. Hari ni ada tajuk “UMNO Pulau Pinang gesa batalkan I-Dance” kn??
Pengalaman sy selama 23 tahun di wilayah DAP (Bukit Mertajam), tidak pernah terdengar akan berita2 yg positif berkenaan United Mamak & Nana Organization Penang nie.
Tiada tohmahan atau rasa tidak puas hati akan wujud di antara kita sekiranya masing2 berdebat berdasarkan ilmu (melainkan wujud konco2 azazil di kalangan anda
)
Ini aktiviti kerajaan negeri. Apa salahnya anda membantu dalam menjadi pemantau syarie’ bertaraf menteri di dalam aktiviti tersebut. :p Andai anda membawa nama Islam dlm pergerakan anda, jgn lupa jaga akhlak & adabnya sekali.
Sekian~
izzat anwari.mana hg menghilang?
sila roger.
Aku buat statement bantah i-Dance dulu, baru UMNO buat. So, aku ikut UMNO atau UMNO ikut aku? Bagi aku, aku sendiri pro-kebenaran. Sebab tu aku join NGO. Mana-mana parti amar ma’ruf aku akan sokong perbuatan amar ma’ruf nya itu, tetapi jika ada mungkar, aku akan tentang habis-habisan perbuatan mungkar yang dibuatnya. Bukan itu namanya non-partisan?
I-Dance ini bukan persoalan parti, tetapi persoalan moral dan subculture budaya golongan belia. Lebih besar lagi, ia persoalan keilmuan, pendidikan, dan ketamadunan peradaban.
Maybe sebab aku berurusan direct dengan perkara-perkara macam ni, mungkin orang lain nampak aku macam pemberontak. Terpulang kepada pembaca nak nilai aku beradab atau tidak. Tapi memang sikap aku kasar macam ni. Bukan sikap pertubuhan aku.
Aku tidak anti dengan program kerajaan negeri, tetapi biarlah program kerajaan negeri nampak macam memberi rakyat sesuatu yang bernilai dalam hidup, bukan memberi apa yang rakyat nak hatta benda buruk sekalipun. ‘Didik rakyat dengan ilmu, bukan bela rakyat dengan nafsu.’
Konsep ‘baik’ dan ‘buruk’ pun mestilah dalam pandangan kaca mata kebenaran. Orang Barat anggap lesbian itu hak asasi wanita. Kita pun nak ikut? Pandangan alam Islam lebih tepat dan holistik. Mungkin boleh rujuk pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Syed Hussien Nasr.
Terima kasih Faris atas pendapat yang diberikan. Bila-bila lapang lawan futsal jom kat Megamall Penang.
Yup asip. Aku kat sini.
Setelah membaca entri ini , saya telah mengenal shuffle secara mendalam:
shuffle adalah tarian jalanan yang berunsurkan setan, dan sesiapa yang menari tarian ini adalah sama hukumnya dengan dosa meminum arak dan menghisap dadah.
Negara barat seperti amerika dan britain menjadi MUNDUR kerana anak muda mereka suka menari shuffle sehingga terlupa untuk sembahyang.
Kita seharusnya meniru negara Russia era komunis yang menghalang tarian pop masuk ke negara itu kerana dikhuatiri akan mencetuskan revolusi kudeta.
subculture yang menyimpang dari nilai kemanusiaan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya struktur sosial sesebuah negara ..
tapi tiada pula contoh negara disebut, jadi saya rasa negara yang dimaksudkan adalah Nepal,Vietnam dan Timor Leste.
Maaf saya bukan peminat shuffle.
Dan tak berminat pun dengan tarian jenis ni.
malah sifat dengki dan iri hati dengan subculture yang lain timbul sehingga mengakibatkan pergaduhan serta pembunuhan seperti yang dapat saya tonton berita seperti ini setiap hari dalam buletin utama.
to -parlimen rakyat-
Kalau ‘parlimen rakyat’ is a muslim.. assalamualaikum..if u r not…salam sejahtera..
“…and we have sent down upon thee (Oh Muhammad) the book (i.e.,the Quran whose basic function is to provide an) explaination for all things, and (which also provides) guidance, and (that explaination and guidance constitutes an act of) mercy, and (which delivers) glad tidings (of the assurance of success) to those who submit to it (i.e.,Muslims).”
(Quran:An Nahl;16:89)
Itu baru muqaddimahnya ‘parlimen rakyat’.. b4 i cita banyak..just wanna let u know, i’m a teacher..di sebuah sekolah yang remajanya most of them adalah yg dibuang dari sekolah lain..n dalam banyak2 student i..i paling rapat dgn pelajar yang menjadi Pengikut Setia Shuffle..n Most Of The Pengikut Setia.. ade amik bijik..ade amik dadah..ice..ade hidu gam..ade yg rosakkan anak dara org..hmm.. mungkin ‘parlimen rakyat marah dgn penulis blog ni sampai bila dibaca komen ‘parlimen rakyat’..hmm.. maafla sy nk ckp..ayatmu itu kalau dinilai tanpa dikau sedar,dikau telah menghina Islam Dinul Haq..bukan marah pada penulis blog..tp menghina Agama Allah..beware of ur words..marah cmanapun kontrol ye..
Tentang student i yg shuffle tuh.. kebetulan kot i ni cikgu yg sporting sgt..bdak2 kamceng giler..i join them sumtimes just to see their lifestyle..oldo i dun agree with them..but i know i have to help those helpless students.. baiklah.. xyah ckpla pasal FTA ke apeke..xyah.. tengok paling kecik..bg remaja yg bersekolah how they move with their life.. simpleja..cube cek tgk..adik2 yg masih bersekolah..yg more to i-dance.. ape yg die dpt dlm hidup?? pelajaran kat sekolah konfem xda minat..most of them gtu..bila tanya..”kami xminat blajaq cikgu..kami kalau boleh nk masuk mana2 tempat yg boleh latih nyanyi..nari..shuffle..yg bleh buat duit..” that state of thingking.. yg ada pada belia kita sebelum i-dance ada.. ‘parlimen rakyat’ berani jaminka semua yg berkaitan dgn shuffle or i-dance or menari apapun xkan menyebabkan isu dadah, bijik,ice,hidu gam n percampuran lelaki perempuan n banyak lgla xkan meningkat????? kalau parlimen rakyat tengok dengan mata yang dua bijik tu dan jugak dgn mata hati.. hm..maybe u will realize the effect of those kind off hedonisme to our youth.. bukan saja isu dadah alkohol n so on..malah isu Aqidah jugak mula menapak dlm institusi hidup masyarakat hari ini..jangan dipandang enteng wahai ‘parlimen rakyat’..mungkin sekarang anda kurang setuju..saranan sy sebagi cikgu yg sgt kamceng ngan bebudak bmasalah camtu pada ‘parlimen rakyat’ kembalilah pada fitrah..andai anda seorang yg beragama islam mungkin anda boleh membeli tafsir Alquran..bukan terjemahan ya..tafsir..cube cek balik.. ayat2 Alquran yang sebut ttg Alcohol dan Drugs.. mungkin parlimen rakyat akan sedar..oo..rupanya aku kebingungan dahulu..tidak sedar apa yang aku katakan pada org yg cuba menegakkan yg benar..Jgn risau ayat Allah kan sesuai sepanjang zaman..zaman ape sekalipun Alquran tetap sesuai..nak nikahpun..ikut ayat Allah jgak..kan?? hehe.. suggestion for u parlimen rakyat..go n buy buku “the Qur’anic Method of Curing Alcoholism & Drug Addiction” penulis Imran N. Hosein.. semoga ketemu dgn ayat Allah yg boleh membuat dikau kembali pada fitrahmu sebagai hamba dan khalifah Allah.. sepatutnya ayat “la taqrabuzzina..” sudah cukup membri impak dlm diri sebagai seorang muslim yg mu’min.. cukuplaa..dok berkhutbah bebanyak..org cemuih dengaq nanti..kan ‘parlimen rakyat’.. hehehe..ok..salam ‘alaik.. dari cikgu comel @ puTeri KaTak..
Menari pun salah?!?!
Ntah laa MELAYU…
Assalamualaikum…
Bro Izzat dan semua..
aku pergi tengok i-dance tu, but atas tugasan dan arahan untuk memantau and not bcoz to enjoy it.
as i expected, ada participant drpd Malay. dan aku sempat temuramah n bergambar dgn depa. Not bcoz wanna support them, just nak mendekati n tahu isi hati. takkan nak terjah ja…
aku bersetuju dgn pandangan Bro Izzat dalam isu program sebegini akan menggalakkan lagi aktiviti2 seumpama ini di masa hadapan.
dan bila peluang dah dibuka, maka makin ramai yg akan terlibat dgn aktiviti2 macam nie. sangat sedikit manfaat jika hendak dibanding dgn mudaratnya..
and aku lihat sendiri keadaan di sana.. program mmg terkawal. tak ada yg minum arak, ambil dadah, seperti kehendak penganjur. tapi itu semasa program. luar program, tak siapa tau.
tapi percampuran jantina, cara pemakaian, pergaulan dll mmg tak sesuai sangat utk muslim. sebenarnya tak bagus jugak utk non muslim..dan aku tak dapat menonton smua tarian disebabkan faktor pakaian yg terlalu menghairahkan.
BUT… ada tapi jugak…
aku concern satu perkara. just lontaran pandangan ya !!! xdak niat untuk membantah sesiapa, apatah lagi melawan hukum2 agama…
aku ada terbaca komen2 non-muslim berkaitan isu bantahan terhadap i-dance nie. all of them mengutuk pihak yg membantah. lebih menyedihkan, ‘islam’ turut dikritik dgn pelbagai sangkaan dll.
yes !! dalam menegakkan kebenaran, no matter what other people say, kita tetap kena pertahankan. dakwah nabi pun mendapat tentangan masyarakat jahiliah.
cuma sedikit masalah di sini, kita tak mahu penglibatan remaja terutamanya remaja islam, tapi kita tak menyediakan satu alternatif yang dapat menarik golongan2 seperti ini. pendekatan mengharamkan semua perkara tanpa kita menyediakan sst yg ‘halal’ sebagai ganti akan menyebabkan golongan2 yg kurang fahamnya tentang islam akan memberontak dan menyalahkan islam itu sendiri. sbb itu, aku kekadang agak ‘menyokong’ penganjuran aktiviti sebegini ttp dgn syarat, pemantauan yg ketat perlu dilakukan dan selain ‘melayan’ kehendak remaja dgn hiburan2, mesti ada tindakan utk menerapkan nilai2 ilmu yg berguna.
jika dibiarkan sj penari2 ini dgn dunia tarian mereka, tanpa mereka memikirkan langsung ttg dunia yang ‘hampir kiamat’ kerana masalah2, maka jadilah mereka seperti tin yang hanya berisi batu di dalamnya. kuat bunyinya bila digoncang, tetapi isinya tak dapat dimanfaat sedikitpun melainkan untuk dibaling kepada anjing jika dikejar…
point di sini, kita sebagai penggerak dakwah, tak boleh bertindak sebagai qadi yang hanya menghukum. da’ie adalah seorang yg fleksibel, bergantung kepada mad’u yg dihadapi.
penting utk kita memikirkan method terbaik utk menarik remaja2 ni mendekati islam. takut2 tindakan kita akan menyebabkan mereka semakin jauh. time tu, sgt susah nak tarik balik..
Hanya lontaran idea drpd seorang yg sangat kurang ilmunya. salah silap harap maaf ya !
To Bro Izzat, thanks belanja minum kopi radix tadi.. lepas nie ana belanja plak.hehehe.
to dude,
menari tak salah…
tapi kalau seorang muslim menari terkinja-kinja depan khalayak ramai, lebih-lebih lagi seorang perempuan, tak salah ka ???
pakaian yg menayangkan badan, pergaulan dgn berlainan jantina, pegang ikut suka saja…tak salah ka ???
dah tu plak, menari dalam program2 yg menggalakkan maksiat, bercampur laki perempuan…tak salah ka?? dapat saham jugak semua tu..
habis bergoncang bumi dan isinya.. tidakkah bisa menggegarkan iman yg entah ada entah tidak..
hal ini berkaitan dgn muslim lah.. kalau non muslim, terpulang lah to you.. but it still akan menggalakkan masalah sosial..
hanya pandangan yuk !!!
** nnti kalau dah beristeri, aku nak menari berdua kat rumah….
tak salahkan menari ???
setuju lah ngan hisyam
en dude kene pk panjang sket
hmm..nanti kalau dh bersuami..puteri katak pun nak menari dgn putera kataklaa.. xsalah menari dgn suami sendiri..kan kak su..:)
betul3..kte geng ngan hisyam nampaknya
Uik !!!
Bro Izzat jangan marah yer !!..
Menumpang glamour kat blog nta jap …
heheheheh…
hm baru first time lawat blog ni terase nk komen plak..
mmg bg saya tak perlu penganjuran aktiviti mcm ni..sbb byk buruk dr baik..
remaja2 akan lalai..sgt la lalai..bkn stkt mls blaja, tp ilmu agama pon mls nk carik..mmg la yg masuk pertandingn tu mgkn xrmai..tp yg menonton??scara x lgsg, yg menonton ni pun akan minat, pastu asek belatih menari smpai tgjwb sendiri terabai..
generasi muda zmn skg amat cintakan hiburan..
entah mengapa..
mengapa ya??
ahhhh go fuck yourself.
at least the youth’s are involved in something that’s healthy (read:exercise)
you’d rather them do drugs?
and what you said about Chinese culture being involved directly, I too can say that Malays being involved in Mat Rempit. Don’t be a racist. Go to a freakin mechanic and get your mind opened. It’s 2009 for fucks sake
emotional benjie….such a rude person..behave urself. give a logic explanation not an emotional explanation and not only from ur perspective!
to benjie,
could u plz to used nice word?
and read all this article carefully and understand it!
use ur mind , don’t used ur stupid word!
if u and urself can’nt open ur mind to listen others, don’t ever hope everbody to listen to u with ur stupid ,idiot and lucah !!
is it ur culture teach u to talk like this?
is not about racist anymore, but respect to others.
betul3
the time that u spend on blogging and complaining and judging how wrong the event should be used to do something to benefit the youth…
if you are really concern… then do something from your side… not sit infront of your computer and type type type
at least they are making effort to produce at activity … you think it is easy for them to do this?
maybe you can try one event on your side…
the event was CLEARLY executed with no problems….
the speculation about bad activities after the event… where is your proof ? or you are just out there to make other people;s life miserable…
i have seen very healthy activities such as ceramah PMR and SPM but i see students smoking and lepak and rempit after that…
should we CANCEL all activites then? LOCK all youth in their rooms and ask them to repent????
this is malaysia , a multicultural country… please respect other cultures as well…
its very sad to have people like you in our country … not contributing but creating hate and segregation amongst the races…
my children went to the activities… and they were excited about the art of dance… even my son who is overweigh now wants to lose weigh and pick up dance as a sport…
i have PROOF of good results… where is your proof…or all are just speculation…?
and i asked the organisers… there is NO SHUFFLING involve in their activities… they don not consider shuffling as street dance….
and as i know from my children most shufflers are of the malay race and centred mostly at the BJC area…
please do your research before you cause unnecessary harm
thanks