
Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka dan sejak dari itu perencanaan sistem pendidikan di Tanah Melayu menjadi agenda utama dalam pembinaan keintelektualan masyarakatnya. Pelbagai perubahan berlaku dalam tempoh ini menampakkan penggubal dasar pendidikan di Malaysia belum menemui formula yang stabil untuk melahirkan para pelajar yang benar-benar berpendidikan. Buktinya? Sehingga hari ini tragedi dan kes-kes berkaitan pendidikan menjadi hangat di dada-dada akhbar.
Terbaru, kecoh isu pakaian seragam sekolah perempuan terlalu seksi hingga menjadi perbahasan yang besar. Ramai pihak cuba membahas kenyataan yang dibuat oleh saudari Munirah Bahari, Naib Presiden HEWI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam Siaran Media PKPIM dan diterangkan semula oleh beliau dalam blognya. Kejutan ini lebih menikam saya setelah kenyataan balas oleh Ketua Wanita Pusat JIM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dalam Berita Harian.

Bogel ke Sekolah?
Tidak dinafikan bahawa pakaian seragam sekolah perempuan adalah antara punca cabang terjadinya jenayah seksual dalam kalangan pelajar. Jenis fabrik yang digunakan, jenama tertentu yang menampilkan fesyen, warnanya yang mudah telus, nipisnya yang menampakkan tubuh adalah antara ciri-ciri fizikal pakaian ini. Malah dalam kalangan pelajar lelaki juga, mana-mana pelajar perempuan yang dianggap seksi menjadi bahan bualan bahkan menjadi sumber khayalan seksual mereka. Tidak hairanlah terbitnya bahan bacaan lucah malah video klip pendek hasil rakaman daripada telefon bimbit pelajar sendiri.

Kita juga tidak dapat menolak punca cabang yang lain yang lebih bersifat dalaman. Usia pelajar yang baru meningkat matang, bahan-bahan lucah yang berlegar di sekeliling mereka, perasaan ingin bercinta di usia remaja, dan juga gaya hidup yang berorientasikan keseronokan. Punca-punca ini sedikit sebanyak menjadi perangsang kepada para pelajar untuk lebih mendekati seks secara nyata atau maya. Tidakkah ini menampakkan sebagai sekolah adalah salah satu punca jenayah seksual bertambah dalam kalangan remaja? Jika punca cabang ini wujud, maka apakah punca tunjangnya?
Meng‘Kassim Selamat’kan Diri
Soalan di atas tidak perlu dijawab. Rata-rata masyarakat di Malaysia sudah sedar akan kepincangan sistem pendidikan apabila berlakunya percampuran politik dan juga orientasi pendidikan itu sendiri. Matlamat pendidikan di Malaysia secara bertulisnya untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Ini belum lagi dibahaskan Piagam Pelanggan KPM yang hanya tinggal tulisan semata-mata. Namun adakah semua ini sudah tercapai? Mengapa belum tercapai?

Kita perlu sedar matlamat yang digariskan di atas hanyalah satu batu tanda untuk mengukur sejauh mana pendidikan di Malaysia akan melahirkan masyarakat yang berkualiti terutama dalam aspek pemikiran. Jika matlamat ini hanya mengisi kekosongan dalam papan tanda di pejabat KPM tanpa sebarang usaha yang REALISTIK dan BENAR untuk mencapainya, maka ini sebenarnya hanyalah angan-angan yang bertopengkan matlamat.
Semua orang sedar tetapi sanggup membutakan mata sendiri seperti Kassim Selamat.

Belajar Jadi Penjenayah
Kerajaan sudah menghabiskan berbilion-bilion ringgit untuk memberi kursus kepada lepasan graduan supaya memperoleh kemahiran yang diperlukan dalam menangani isu pengangguran di peringkat lepasan ijazah. Tidakkah ini namanya pembaziran yang dirancang? Mahu belajar kerajaan tanggung, mahu bekerja juga kerajaan tanggung. Institusi pendidikan mahu melahirkan apa? Manusia yang boleh bekerja atau manusia yang boleh berfikir?
Semuanya bermula dari sistem pendidikan. Orientasi pendidikan yang hanya menumpukan kelulusan akademik semata-mata tanpa mengira persoalan PERADABAN para pelajar itu sendiri sama sekali merosakkan sistem masyarakat. Pelbagai bengkel menjawab peperiksaan dianjurkan dengan dana jutaan ringgit hinggalah ke kem pemantapan menghadapi peperiksaan dijalankan. Di mana ruang untuk bengkel memahami tujuan pendidikan? Di mana kem untuk pengukuhan akhlak pelajar sekolah? Semua ini di anak-tirikan dan diberi fokus yang kecil serta peruntukan yang sedikit kerana tidak memberi sebarang ‘keuntungan’ kepada ‘pemberi modal’.

Setelah pulang dari sekolah apakah perkara utama yang dibincangkan oleh para pelajar di rumah? Isunya hanya sekitar ‘pelajar perempuan mana paling seksi’, ‘telefon bimbit siapa paling canggih’, ‘video 3GP apa yang terbaru dan terhangat’, ‘merokok di mana paling selamat’, ‘berdua-duaan di mana lebih selesa’, ‘muzik apa yang popular untuk dimuat-turun’. Dasyat bukan ‘matapelajaran’ di sekolah hari ini?
Isu Seragam Sekolah Seksi
Isu yang dibawa oleh saudari Munirah Bahari mendapat tentangan yang sangat hebat oleh ramai orang. Ada yang menyalahkan beliau atas kenyataan yang membawa pertikaian yang kurang relevan bagi sesetengah pihak. Ambil sedikit masa dan cari blog-blog yang mengutuk kenyataan beliau ini. Apa yang lebih memeranjatkan saya apabila Dr Harlina Halizah membuat kenyataan media yang menentang cadangan saudari Munirah Bahari. Mengapa isu ini bercanggah antara dua orang kuat dalam jemaah Islam? Hairan binti Ajaib.

Antara kenyataan yang menghentam saudari Munirah Bahari oleh blogger-blogger non-muslim dan juga golongan liberalis menampakkan kedangkalan mereka dalam memahami isu jenayah seksual yang berlaku hari ini. Ada yang mengatakan bahawa pakaian sekolah yang selama ini dipakai langsung tidak menimbulkan sebarang jenayah seksual dan saudari Munirah Bahari sengaja mengecohkan keadaan. Ada juga yang mengatakan bahawa saudari Munirah Bahari perlu menyediakan statistik yang jelas bagi mengukuhkan kenyataannya itu.
Kenyataan Dr Harlina Halizah sepatutnya menambah isi-isi yang telah dinyatakan oleh saudari Munirah Bahari dan bukan membuat kenyataan yang berlawanan. Mungkin juga Dr Harlina Halizah ingin menumpukan punca jenayah seksual kepada tunjang yang lebih besar dan bukan kepada isu pakaian, namun kenyataan medianya itu sedikit sebanyak menjadi tontonan ramai pihak yang menampakkan jemaah Islam bercakaran sesama sendiri walaupun tidak menggunakan ‘kuku yang tajam’.
Menjawab Isu Seragam Sekolah Seksi
Apabila isu ini ditimbulkan, ramai pihak yang membuat kenyataan sama ada menyokong atau menentang penukaran seragam sekolah. Soalan yang ingin saya jawab ialah kenapa seragam sekolah hari ini nampak seksi? Mengapa pelajar menjadi mangsa jenayah seksual? Kenapa pelajar yang menutup aurat juga menjadi mangsa jenayah seksual? Mengapa baru sekarang isu seragam seksi ini timbul? Kenapa seragam sekolah perlu dinilai?
- Lambakkan video klip lucah dalam laman web yang menggunakan seragam sekolah sebagai satu daya tarikan seksual yang tinggi disamping seragam ‘orang gaji barat’. Model lucah menggayakan pakaian sekolah untuk menampakkan tahap keseksian yang tinggi. Cari video ini dalam internet.
- Fantasi oleh kaum lelaki yang dibuai dengan bahan-bahan perangsang nafsu seperti DVD, CD, wayang, majalah, akhbar picisan, dan sebagainya di pasaran. Sajian artis-artis yang berpakaian seksi dalam program-program tv serta iklan juga menyumbang kepada fantasi seksual ini. Apabila nafsu dibela hingga besar, maka ‘makanan’nya pun besar. Tidak hairan perempuan menjadi mangsa bapa, abang, malahan datuk sendiri.
- Kes jenayah seksual dalam kalangan pelajar terjadi kepada mereka yang terdedah langsung kepada pemangsa. Contoh, pemangsa berkeinginan untuk bersetubuh tetapi tidak sanggup merogol orang lain, maka anak/kekasih/adik/kakak sendiri menjadi mangsanya. Persoalan ‘kenapa pelajar yang menutup aurat juga menjadi mangsa jenayah seksual’ terjawab. Pemangsa bernafsu melihat orang lain yang membuka aurat tetapi melepaskan nafsunya itu kepada orang yang paling lemah dan senang didekati seperti kanak-kanak, anak, kekasih, adik, dan sebagainya.
- Walaupun seragam sekolah ini digunakan sejak dulu namun kita haruslah bersikap realistik dan celik masyarakat. Dalam keadaan masyarakat yang kian berubah dari sudut mentaliti dan gaya hidup, isu seragam sekolah juga harus dinilai. Kes-kes jenayah semakin kejam dan jijik dari persoalan rogol bergilir-gilir, liwat kanak-kanak, gangbang kekasih rakan, rakam aksi dalam tandas, buat klip lucah sendiri, dan berbagai lagi kemungkaran yang pelbagai nama.
- Seperti di awal artikel ini, isu seragam sekolah ini adalah punca cabangnya. Punca ini harus dinilai semula untuk mencegah jenayah seksual dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa disamping menangani punca tunjangnya secara KONSISTEN dan BERKESAN. Namun ramaikah yang sanggup menangani punca tunjang ini?
Persoalan perlunya statistik untuk membuktikan kenyataan saudari Munirah Bahari itu langsung tidak masuk akal. Tidak ada mana-mana badan yang sanggup membuat statistik yang BENAR mengenai permasalahan masyarakat di Malaysia khususnya kerana tidak akan ada badan yang sanggup memberi peruntukan untuk statistik sebegitu.

Mengapa? Kerana masyarakat kita hanya mementingkan keuntungan dalam semua aspek kehidupan. Jika ingin statistik yang REALISTIK, ambil masa turun kemasyarakat, di celah-celah pembangunan, di lorong-lorong jijik, di pusat-pusat urut, di sarang-sarang pelacuran, di tandas sekolah, di tepi pantai, di dalam kereta lewat tengah malam, dan lihat segala kepincangan yang berlaku. Hadapilah realiti ini.
Mencetus Tindakan
Isu kepincangan pelajar sekolah terutama dari sudut seksual amat menyedihkan tetapi jarang ditimbulkan oleh guru-guru dan pihak-pihak yang berkewajipan. Sepatutnya pihak ini menjadi think tank dalam mengkaji kepincangan pelajar hingga ke akar umbi secara TELUS dan tiada kepentingan tertentu. Sekali lagi, jika ini hanya tinggal tulisan atau kata-kata tanpa sebarang tindakan susulan, usah ditimbulkan lagi isu pendidikan di Malaysia.
*Baca juga Dosa Menutup Aurat





Petikan Berita Harian sedikit mengelirukan. Saya baru terbaca berita penuh yang dikeluarkan JIM. Baca berita penuh Ketua Wanita JIM di sini -> http://www.jim.org.my/module2.php?module=beritapil&id=57.
apa pun, jgn sesekali mengecam saranan PKPIM tue…PKPIM menggunakan kapasiti mereka sbg badan mahasiswa bertaraf NGO yg tiada apa2 peruntukan, tiada kuasa, tiada kepentingan peribadi melainkan inginkan kebaikkan utk semua pihak khususnya umat Islam di malaysia.
saranan dan idea dari PKPIM itu ada benarnya. They got point here. sememangnya saranan PKPIM itu perlu diambil perhatian.
kpd mereka yg mempersoalkan tindakan PKPIM dlm menghighlightkan isu nie dan menghentam PKPIM…..soalan perlu ditanya kpd mereka….apa sumbangan anda kpd kebaikan umat Islam di malaysia???….pernah anda membuat teguran kpd pemerintah yg membiarkan segala gejalan negatif berleluasa di malaysia???
jgn ingat PKPIM baru pertama kali menghighlightkan isu nie….jgn ingat hanya isu nie sahaja yg PKPIM telah highlightkan.
PKPIM telah banyak kali menghighlightkan isu2 penting dlm negara. telah banyak resolusi yg mereka telah buat melalui discussion dan meeting serta muktamar tahunan mereka…jgn ingat PKPIM tidak pernah sentuh isu kilang arak, isu video2 lucah, isu coupling, isu zina, isu rasuah, isu kezaliman dlm negara dan etc.
PKPIM telah jalankan tugas mereka dlm ruang lingkup yg terhad. dan saya percaya PKPIM akan terus memberi teguran kpd pemerintah.
apa pula tugas kita??? adakah tugas kita hanya menghentam pihak seperti PKPIM?? at least PKPIM ada sumbangan terhadap Islam….apa pula sumbangan diri kita kpd Islam??
at least kalau tak tahu nak buat apa….at least sokonglah PKPIM, bukannya menghentam mengata belakang PKPIM.
renung diri tue sendiri wahai pembaca sekelian!!
[...] juga ‘Aurat’ Lama Terbuka, Melatah Baru Nak Mula, dan Mengejar [...]
tapi bro…PKPIM hanye bercakap shj lebih…tp,turun padang tidak sma sekali…hanya tamrin yg xhbis2…
tapi…
marilah kita mencari kesamaan antara semua ummat Islam…bukannya mencari kesalahan mana2 pihak.
“bekerjalah kerana ALLAH”
abu tu FUAD UPM: amir PKPIM UPM..yg pernah dipandang rendah oleh sahabt PKPIM sendiri.
Salam.
Lama tak dengaq cerita hang Fuad. Sihat ka?
Hm, aku no komen tentang pandapat hang. Tapi, keilmuan yang ditanam dengan adab yang betul akan hasilkan manusia yang benar-benar faham. ‘Faham’ itu adalah sebatian ‘ilmu’ dan ‘amal.’ Orang yang tak amal, adalah orang yang tak faham.
Tetapi kita tak boleh salahkan PKPIM atas sesuatu perkara yang dilakukan oleh sebilangan kecil daripada mereka. Hari ni pun orang bukan Islam kutuk Islam habis-habisan atas kelakuan segelintir umat Islam.
Aku bekas pun bekas PKPIM. Apa yang buruk, kita sama-sama betulkan. Apa yang benar, kita sama-sama tegakkan. Kalau orang yang benar-benar faham hakikat ilmu dan kehidupan, duduk dalam mana-mana badan pun dia boleh bawa ruh da’wah dengan bersungguh-sungguh.
Akhir kata, Islam itu terbina dengan ilmu yang larut di dalam jiwa sehingga mewarnai setiap amal perbuatan seseorang manusia. Kalau sekadar plastik di luar tertulis Islam, tetapi bahan perisa serta pewarnanya bukan Islam, manusia itu bukanlah sebenar-benar muslim.
jumpa lagi kat Kuala Mu, Fuad. Lama gila aku tak pi sana. Asyik sibuk dengan kerja-kerja dunia.