
Guru merupakan satu profesyen yang sangat unik jika dibandingkan dengan mana-mana karier atau kerjaya lain yang ada di dunia ini. Peranan guru meluas hingga menjadi satu-satunya bidang pekerjaan yang paling dihormati masyarakat. Malah di kampung-kampung, persoalan kehidupan seharian termasuk isu rumahtangga ibubapa juga dirujuk kepada guru, dan bukannya penghulu atau wakil rakyat!
Ibubapa akan merujuk setiap kelemahan anak-anak melalui guru yang mengajar. Setiap saranan dan nasihat guru seringkali dijadikan kayu ukur untuk mendidik anak-anak di rumah. Malah juadah makanan juga selalu dihantar ke rumah guru jika mereka berjiran. Namun, semua ini hanya cerita lapok dan basi. Hanya tinggal nostalgia.

Dunia semakin berubah saban tahun. Manusia semakin mengejar apa yang dikatakan sebagai ‘kemodenan’. Kalau diikutkan, mahu semuanya ditukar kepada teknologi terkini yang canggih. Dari telefon bimbit ‘slide’ berinternet hingga ke kereta bersistem ABS. Dari iPod nano hingga ke sebesar Scarlet 32” tv LCD. Dari guru di sekolah hingga ke pembelajaran internet jarak jauh! Dunia ini sudah jadi apa?

Ini tidak lagi ditambah dengan ‘sekolah-sekolah popular segera’. Dari Akademi Fantasia hingga ke Gang Starz, semua anak-anak dididik untuk menjadi ‘penghibur’. Malah ada juga ibubapa yang sanggup berhutang ribuan ringgit dengan saudara-mara semata-mata ingin melihat anak mereka dapat skor ‘A’ dalam nyanyian. Ada juga yang bercucuran air mata disebabkan anak kesayangan mereka tersingkir dari ‘pengajian’ berprestij itu. Masyarakat pula sanggup membelanjakan RM5.4 juta mengundi ‘mahasiswa’ ini. Dunia ini sudah jadi apa?

Anak murid di sekolah semakin berani beraksi dalam klip-klip video pendek hasil karya sendiri. Sambil berpakaian sekolah, mereka ini tidak segan silu mempamerkan kehebatan masing-masing meniru semua gaya barat yang sangat menjijikkan. Dari judul Berani_Budak_Sekolah, Uniform, Budak_Sek_Ptrjya_Setiu, dan bermacam-macam lagi karya kreatif berjaya dihasilkan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dunia ini sudah jadi apa?

Guru pula disabitkan dengan kesalahan mencabul anak murid di kelas tuisyen. Perasaan guru mula jadi kucar-kacir hingga anak murid dipaksa rendam di dalam kolam. Marah guru sudah mencapai Hulk hingga anak murid dihentak kepala dengan kasut tumit tinggi. Guru-guru muda dan guru praktikal pula disimbolkan sebagai pemuas nafsu anak murid hingga terbitnya karya-karya imaginasi kreatif dari sepopular Guru Tuisyen hingga seagung Cikgu Suraya. Dunia ini sudah jadi apa?
Ramai yang sedar kepincangan sistem pendidikan di Malaysia. Bermula dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) itu sendiri hinggalah ke pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Namun ramai juga yang mengambil sikap ‘Takpa’ kerana takut digelar ‘pemberontak’ atau lebih kejam lagi ‘pembangkang’. Rakyat Malaysia semakin di ambang kemusnahan identiti dan budaya ketimuran sejak akhir-akhir ini menampakkan perlunya satu anjakan paradigma yang serius dan konsisten. Semua ini harus dimulakan oleh guru!

Ilmu yang diajar di sekolah seharusnya bersifat meluas dan membentuk akhlak para pelajar sehingga mereka layak digelar manusia, bukan hanya berbentuk hafalan istilah atau konsep sehingga mengabaikan jiwa mereka sebagai seorang pelajar. Peranan ini dipertanggungjawabkan kepada guru terutamanya, disamping sistem pendidikan yang hanya menekankan persoalan ‘pelajaran’ dan bukan ‘pendidikan’. Jurang antara guru dan pelajar mestilah dikurangkan hingga menjadi satu peluang pendidikan yang lebih progresif di mana guru dan pelajar masing-masing menuju konsep pemahaman terhadap keilmuan itu sendiri.

Jumlah guru di Malaysia meningkat secara mendadak dari hari ke hari. Lulusan Sains Politik melanjutkan kursus untuk menjadi guru, lulusan Kejuruteraan Mekanikal mengisi borang kursus guru, lulusan Ekonomi dan Perdagangan bercadang melanjutkan tempoh pengajian dalam kursus guru. Kebanyakan ini berlaku atas dasar pemahaman masyarakat Malaysia terhadap profesyen perguruan yang merupakan pilihan periuk nasi terakhir mereka. Maka profesyen perguruan hanya tinggal kerjaya untuk menjana kewangan, bukan lagi TANGGUNGJAWAB dan AMANAH. Kehilangan dua elemen inilah yang menjadi punca rosaknya akhlak dan kotornya mentaliti kanak-kanak dan remaja sekarang.
Tidak hairanlah hingga pepatah terkotor Melayu ada menyebut, “Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”.
Sempena sambutan Hari Guru ini, saya ingin mengucapkan ‘Selamat’ Hari Guru.





Guru o guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
mcam tengah tgk filem penuh aksi plus seram bila baca artikel ini..
bukan punca guru kpli yang lulusan kejuruteraan mekanikal yang menyebabkan anak murid rosak akhlak. Ramai guru yang memang lulusan guru pun tak dapat nak didik anak2 zaman sekarang….puncanya….anak2 kita terdedah dengan bermacam2 agenda dan dakyah yahudi dan kafir tanpa kita sedari…tv, cd,dvd, internet dan pelbagai media cetak..oleh itu berbaliklah kita kepada islam. sokonglah PAS untuk PRU 13.