“Takkan tak boleh bercinta sebelum kahwin, abang izat?”, terpancar dari monitor di sebuah cyber café di Perai.
“Cinta Islamic”, tambahnya lagi. Tersenyum saya dibuatnya.
“Ada ke cinta Islamic?”, taip saya pantas. Disusuli pula dengan smiley berwarna kuning.
Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya sebegitu rupa. Tambahan pula bagi para pemuda-pemudi yang menyertai gerakan Islam di dalam atau luar kampus yang sudah mencapai umur matang untuk berkahwin. Namun ada juga yang masih muda tetapi sudah berkeinginan untuk berkeluarga, tempias daripada sahabat di sekelilingnya yang sudahpun berumahtangga.
Timbul pula persoalan ‘cinta pra-perkahwinan’ atau ‘cinta pasca-perkahwinan’. Yang mana satu pilihan terbaik disamping tidak menggadaikan gerak kerja dakwah yang selama ini sudah sebati dalam darah daging? Maka wujudlah satu istilah yang popular tetapi sulit dalam kebanyakan jemaah belia Islam iaitu Cinta Islamic. Wujudkah?
Cinta dan Islam
Rata-rata kita diajar sejak kecil lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjebak dengan gejala sosial atau pergaulan bebas sesama bukan muhrim. Adat ketimuran dan didikan pemahaman Islam yang kukuh sejak kecil menjadi bekalan utama dalam mengharungi hidup yang kian mencabar dari semasa ke semasa; terutama di peringkat remaja. Remaja yang dapat bertahan sambil kuat berpegang dengan pemahaman tadi akan melepasi ujian ini dengan mudah, tetapi remaja yang mudah hanyut dibawa arus duniawi akan tenggelam ke dalam lembah yang hina.
Ijat, jom main kahwin-kahwin,” teringat kata-kata kawan perempuan saya sewaktu kanak-kanak dahulu.
Seronok tapi hanyalah fantasi perasaan.
Secara fitrahnya, manusia memang memerlukan pasangan berlainan jantina sebagai pelengkap perasaan cinta dan kestabilan emosi. Ini sudah terbukti sejak kita masih kecil lagi. Namun pada masa itu, perasaan malu dan ego masih belum menebal dalam diri manusia. Maka ‘cinta’ ketika itu hanyalah luahan secara luar sedar tetapi masih terbit dari perasaan fitrah manusia itu sendiri.
Apabila usia semakin meningkat, manusia akan mula mematangkan pemikiran melalui ilmu dan persekitaran yang dialaminya. Cinta kanak-kanak tadi mula bertukar rupa menjadi cinta yang lebih serius; cinta nafsu. Di peringkat usia ini, manusia baru mencapai akil baligh dan masih muda dalam membezakan haq dan batil terutama dalam bidang pemahaman terhadap Islam. Saya yakin tidak ada cinta di peringkat ini yang benar-benar suci dan bertujuan untuk berumahtangga.

Cinta dalam Islam sangat sinonim dengan cinta kepada Allah s.w.t. yang menjadi CINTA teragung dan terbesar berbanding cinta-cinta yang lain. Pemahaman masyarakat umumnya kepada istilah cinta sudah lari daripada maknanya yang asal. Oleh itu, apabila wujud sebuah percintaan dalam jemaah, ramai yang tersungkur dalam gerak kerja dakwah. Bukan salah cinta, tetapi pecinta yang menyalahgunakan cinta. Terlalu terikut-ikut dengan trend cinta masa kini hingga menyeleweng faham terhadap CINTA.
Mulut Kata Benci, Hati Kata Sudi
Konflik paling rumit dalam cinta, mengikut pemahaman saya ialah cinta dalam jemaah. Ini kerana percintaan ini kadang-kala dikategorikan sebagai ‘halal dengan bersyarat’ oleh sesetengah jemaah, malah ada juga yang melabelkan sebagai ‘haram tanpa soal bicara’ oleh jemaah yang lain. Persoalan-persoalan ini wujud kerana norma jemaah itu sendiri yang membawa kefahaman Islam sebenar dan persepsi masyarakat terhadap jemaah tersebut jika ada di antara penggerak-penggerak jemaah yang bercinta sesama mereka.
Maka, ada para ahli jemaah yang terpaksa menggadaikan perasaan demi menjaga kemaslahatan (kebaikan) dalam jemaah. Namun, dalam hatinya berkobar-kobar perasaan tersebut sehingga kadang-kala gerak kerja dakwah sedikit terbantut gara-gara cinta Islamic tadi.

Bagi ahli jemaah yang tidak terjebak dalam cinta sebegini, semestinya mereka memandang serong kepada pecinta dalam jemaah tadi. Konflik ini jika tidak dibendung akan menjadi kanser dalam gerak kerja dakwah. Masalah pecinta dalam jemaah tadi mesti difahami oleh jemaah itu sendiri. Bak kata Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Persoalan yang besar timbul di sini. Adakah cinta tersebut tidak patut dihalang oleh jemaah? Adakah dengan membenarkan cinta dalam jemaah akan menguatkan lagi gerak kerja dakwah? Dan adakah cinta Islamic ini adalah hanya cinta sesama ahli jemaah atau boleh juga cinta ahli jemaah dengan orang yang bukan jemaah?
Perlunya bercinta?
Fitrah manusia itu perlu disayangi dan menyayangi oleh seseorang sama ada yang mempunyai pertalian darah atau tidak. Maka tidak hairanlah jika penggerak jemaah kadang-kala terluah perasaan kepada orang yang disukainya. Ada yang menggunakan orang tengah sebagai perantara bagi mengelakkan fitnah, ada juga yang luah secara senyap-senyap bagi menjaga nama baik sendiri dan jemaah yang disertai. Situasi ini berlaku dalam sedar ataupun tidak dalam kebanyakan jemaah di dalam kampus atau mana-mana institusi pendidikan. Adakah ini satu masalah besar bagi jemaah?
Suasana sosial jemaah yang terjaga, didikan keilmuan melalui usrah dan sebagainya yang matang, tahap pemikiran yang lebih berkembang dari semasa ke semasa, sedikit sebanyak menguatkan perasaan cinta tadi dalam diri penggerak jemaah. Tidak hairanlah jika terdapat beberapa ahli jemaah yang tanpa segan silu meluahkan perasaan pada orang yang dicintai. Cuma cara atau tujuan cinta tersebut masih diragui dan perlu kepada perbincangan yang lebih matang dan adil.
Harus ditekankan dengan jelas bahawa gerak kerja dakwah dalam jemaah menjadi keutamaan kepada setiap penggerak jemaah. Sebarang perkara yang boleh mengganggu-gugat kerja-kerja dakwah seharusnya dielakkan dan dijauhi dengan serta-merta. Tiada pekerjaan yang lebih utama bagi seseorang muslim daripada menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kemungkaran serta beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar iman.
Boleh bercinta dalam jemaah
Saya mungkin telah membuat satu kesimpulan yang agak kontroversi bagi jemaah pemuda Islam; “boleh bercinta dalam jemaah”. Namun ini bukan kenyataan yang harus disorak gembira atau dikutuk hina dengan penuh emosi. Perkara utama yang saya sampingkan di sini adalah syarat-syarat UTAMA SEBELUM bercinta dalam jemaah:
· Pembacaan yang berulang (sekurang-kurangnya 5 kali) dengan kefahaman yang sahih atas buku-buku ini:- The Meaning and Experience of Happiness in Islam oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of the Human Soul oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Pendidikan Anak-anak oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan, Falsafah Hidup oleh HAMKA, dan Angkatan Baru oleh HAMKA.
· Ibubapa harus tahu hubungan cinta ini secara lengkap; dengan siapa ingin bercinta, bagaimana boleh berkenalan, kenapa terpikat dengan si dia, dan benarkah si dia pasangan hidup yang sesuai?
· Percintaan ini perlu dengan persetujuan Presiden/Yang Di Pertua/Amir jemaah masing-masing melalui perbincangan tertutup yang matang dan adil.
· Sama ada bercinta dengan orang jemaah atau tidak, perkara utamanya ialah adakah percintaan dengan orang tersebut boleh memberi satu titik perubahan (turning point) kepada gerak kerja dakwah agar lebih berkualiti dan berkesan tanpa menggadaikan ciri-ciri Islam dalam diri dan jemaah?
Tidak wujud Cinta Islamic
Hakikatnya, tidak wujud langsung Cinta Islamic. Namun, mengapa saya membenarkan cinta dalam jemaah?
Apabila kita mewujudkan satu juzuk dalam Islam yang membolehkan percintaan sebegini dengan nama Cinta Islamic, maka kita seolah-olah secara besar-besaran membenarkan para ahli jemaah untuk bercinta dengan sewenang-wenangnya. Ini seharusnya dilihat daripada sudut natijah istilah tersebut kepada gerak kerja dakwah jemaah pemuda Islam.

Tetapi cinta yang saya bicarakan di atas adalah ‘cinta dari perspektif Islam dalam konteks jemaah belia di Malaysia’. Cinta ini boleh ‘dibenarkan’ atau ‘dihalang’ mengikut syarat-syarat tertentu, bergantung kepada keadaan pecinta dalam jemaah, iklim jemaah yang disertai, tahap pemikiran ahli jemaah yang terlibat, niat dan tujuan percintaan tersebut, dan kesan percintaan ini kepada diri serta jemaah yang terbabit.
Apabila terlalu banyak persoalan cinta dibincangkan, saya ingin mengemukakan satu persoalan di sebalik CINTA. Adakah perkahwinan adalah hasil daripada cinta?
*Baca juga Sepahit Madu






alhamdulilah..akhirnya siap juga artikel ini..hehe. Buat masa ini, mungkin perkara ni sudah jadi ” biasa” barangkali..dan mungkin juga janggal..wallhualam. tetapi bg saya, seblum terjebak jangan terjebak..Tetapi jika terjebak..umpama sudah memegang pedang perang..teruskan dan jgn toleh ke belakang..teruskan dengan matlamat yang satu..untuk mencapai kerdhaanNYA. ( yang penuh pancoroba )
dlm hadith Rasulullah ” Pada hari kiamat nanti ALLAH akan menyeru : Dimanakah org2 yang sling mencintai keranaKU ? Pada hari ini akan KU-naungi mereka semua, di mana tidak ada naungan lain selain naungan-Ku.”
wallhualam..saya perhati dn saya beljar…
salam`alayk~
Urm.. bukankah artikel cinta ini agak common? (bukan saya kata, tapi seseorang pernah berkata sedemikian)
Common ataupun tidak, sesuatu ilmu yang diajarkan berulang kali pasti lekat di hati jika diniatkan semata-mata kerana Allah. Doakan semoga adik-adik sentiasa teguh dan kuat untuk berada di jalan ini. Salam ziarah.
salam…
ramai sangat yang tanya abang persoalan cinta,
jadi, abang pun buatlah artikel ni…
cuma artikel ini bukan satu sumber ilmu yang autoriti, cuma tambahan dan kefahaman terhadap bahan-bahan bacaan lain yang lebih berautoriti…
hakikatnya, persoalan cinta tiada garis yang jelas…
bagi abang, persoalan cinta dalam perkahwinan terlalu kecil kerana perkahwinan adalah terbitan daripada persoalan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB…
jika ada masa abang teringin sangat nak kupas persoalan CINTA dalam PERKAHWINAN…
sebab ramai yang konfius…
tima kasih atas jawapan yg diberikan…
Allahuyubarikfih..
salam ya mantan YDP…em..alhamdulillah..siap jgk artikel nii..lm cek nunggu..heheh…emm appn my collection bagi pendapat2 cnior ttg isu nii dh bertambah…hmm..btol kt k.erin..ilmu yang diulang insyaallah melekat di hati…
smg hati masing2, yang dh terjebak, terikat untuk cinta di bawah naungnNya,emm??blh tima kaa statement nii??apapn bg yg belum terjebak smg t’hindar dari “menterjebakkan” diri…sm2 ambik iktibar….maqasih a.izat=)
Boleh bercinta dalam jamaah???? ok, jap lg ckp psl ni, sblm tu nak jawab soalan dulu ;
kalau perkahwinan adalah hasil drpd cinta…then lepas kahwin tu ada apa lagi dah?
Bagi ana cinta adalah hasil drpd perkahwinan. Mana kita tau yg sebelum kahwin tu betul2 cinta? cinta tu kan Allah yg bagi, so, yg betul2 cuma dgn jalan yg Dia redha, kan? – kahwin la jawabnya tu.
so, kahwin hasil drpd apa? jodoh kan Allah dah tetapkan – jd, kahwin tu hasil dari kehendak Allah. Bercinta la separuh mati ngan sape pun, kalau bukan jodoh, bukan jugak.
macam yg anta kata, mana ada cinta islamik. setuju2.
Ok, berbalik kpd boleh bercinta dalam jamaah (???)
hmmm…..
Tak tau layak tak nak komen, dari senarai buku yg anta listkan satu je yg ana penah baca – Angakatan Baru [hamka]. yg lain belum sempat lg. Tapi nak cakap jugak…
mmg fitrah manusia berperasaan, etc2… tapi kena salurkan dgn cara yg betul la, jamaah pun jangan la plak menghalang, tapi sediakan ruang utk menjaga kebajikan ahli jamaah dalam konteks ni – ruang baitulmuslim. kalau dah ter-jatuh hati, buat la perancangan utk berkahwin, knp nak bercinta dulu? tunjukkan kesungguhan dan keseriusan. kahwin tu kan ibadah, insyaAllah takde mudarat.
mmg complicated bab hati ni, tapi kalau sbg ahli jemaah, kena lebih menjaga pandangan Allah pada kita. syaitan tu kan byk panahan dan helahnya.
kena jaga “kesucian” perjuangan. sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap gerak langkah, sbb tak mungkin Allah akan bagi kemenangan pd org yg bermaksiat…
Memang cinta tu penting. tapi boleh ke menghalalkan perhubungan [personal@bercinta] lelaki-wanita ajnabi semata-mata nak lonjakkan gerak kerja jamaah? Hmm….
Jangan memakaikan ‘islam’ pada tindakan kita, tapi tindakan kita haruslah berlandaskan islam.
syukran kepada anti atas komen yang sangat membina…
ana rasa sudah lengkap artikel yang ana tulis ni, cuma pemahaman yang TEPAT atas point-point yang ana sertakan (cuba baca ‘Jemaah Cinta’ berulang kali)…
list-list buku yang ana sertakan pun, bagi ana sangat AUTORITI dalam mengaitkan persoalan CINTA, MANUSIA, dan JEMAAH…
ana paham, ramai yang kurang bersetuju…
sekali lagi ana tekankan, artikel ini hanya bersifat sehala…
jika diizinkan Allah s.w.t, ana nak bincang perkara ini dalam forum/diskusi…
insyaALLAH…
cuma sekarang ni isu yang lebih utama dan berat untuk dibincangkan ialah ISLAM LIBERAL dan SYARIAH di Malaysia…
syukran sekali lagi saudari…
salam..ntahlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..poning..malas dah nak letak kan diri dalam situasi yg memeningkan tuh…
salam……..
Cinta……
Manusia…..
Tuhan………..
kefahaman kita terhadap maksud cinta kadangkala agak kurang………..tu sifat manusia, bukan sesuatu yang dirancang…..yang dianugerahkan Allah…Cinta Islamik??…Cinta ada satu, cinta manusia kerana Tuhan……xde label cinta Islamik atau tidak…..
abang izzat…..kenapa kadang2 manusia berubah kerana cinta….kerana ditinggalkan seseorang……
Salam…
Hm, banyak sungguh komen tentang cinta. Sebenarnya, ‘cinta’ yang kita faham sekarang sudahpun dipengaruhi oleh media dan kotak pemikiran masyarakat yang salah (hasil daripada monoculture). Sebab tu ramai yang melatah bila bicara persoalan cinta. Ramai yang kata CINTA agung adalah CINTA kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Tapi betulkah kita ni layak berkata kita CINTAkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya sedangkan isu umat Islam sekarang ini kita ambil mudah. Takut dengan pihak-pihak tertentu hingga menggadaikan gerak kerja dakwah. Pesoalan CINTA Allah s.w.t dan Rasul-Nya saya akan bicarakan di masa-masa lain. Kalau bicara sekarang, kita akan ‘nampak’ sebenarnya kita tidak mampu capai CINTA kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Buku-buku yang saya sertakan di atas adalah untuk memahami MANUSIA dan PENCIPTA itu sendiri. Jika ini dapat DIFAHAMI dalam konteks yang BETUL, maka persoalan cinta akan jadi terlalu mudah. Mengapa ramai yang ‘gagal’ dalam cinta manusia? Kerana tak FAHAM tentang MANUSIA dan CINTA itu sendiri. Perasaan cinta kepada manusia disamakan dengan CINTA kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Ini salah sama sekali!
Jika kita bicarakan persoalan cinta, perlunya komunikasi 2 hala. Saya sangat berharap persoalan ini boleh dipanjangkan dalam diskusi/forum akan datang, TETAPI janganlah sampai persoalan cinta ini dibicarakan sampai 10 kali hingga terabai persoalan umat Islam lain yang lebih penting. Umat memerlukan pembela, pembela memerlukan CINTA.
salam..sorry la enyelit kat sini.
mula2 pandang artikle ni dan kemudian baca, ingatkan hasil tuisan ustaz hasrizal (saifulislam.com)..rupanya tidak
Salam,
Wah, terlalu jauh bezanya antara saya dan Ustaz Hasrizal. Macam bumi dengan planet Pluto. Saya insan yang baru belajar.
Assalamu’alaikum w.b.t.
bercintalah dgn Allah terlebih dahulu…
rindulah Rasulullah terlebih dahulu…
sayangilah Al-Quran terlabih dahulu…
utamakan famili terlebih dahulu…
barulah org lain…syukran.
[...] juga Jemaah Cinta [...]