Feeds:
Kiriman
Komentar

Mengalirkan Kebenaran Dalam Nadi

Akademi Dakwah 2009

Akademi Dakwah 2009

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) akan menganjurkan program realiti sebenar dakwah di lapangan masyarakat pada 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009. Selama 2 minggu ini, para peserta akan didedahkan tentang selok-belok dakwah di lapangan dengan menampilkan konsep dakwah yang lebih meluas serta kritikal.

Diberi nama Akademi Dakwah, program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti dakwah di lapangan secara terancang dan terfokus. Para peserta haruslah berumur di antara 19 hingga 30 tahun sahaja dan yuran yang dikenakan hanyalahRM70.00 sahaja.

Program ini akan diadakan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Bertemakan serangan pemikiran, kepenggunaan, alam sekitar, gejala sosial, masyarakat minoriti dan dakwah dalam penulisan, program ini akan memberi pengalaman baru kepada para peserta dalam menghayati erti dakwah melalui pengisian oleh pakar-pakar dalam bidang dakwah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan sedikit penerangan tentang tema-tema dakwah dalam AD09:

Serangan Pemikiran

Melibatkan dakwah dalam mengislahkan kembali pemikiran masyarakat di Malaysia yang diserang secara halus terutamanya oleh dakyah sesat fahaman Islam Liberal. Para peserta akan didedahkan secara ekslusif tentang fahaman sesat Islam Liberal dan konsep-konsep pemikiran lain yang ternyata bertentangan dengan Islam. Pemikiran-pemikiran sebegini melambak di dalam kosmo hidup masyarakat sehingga ḥaqq (benar) dan baṭil (palsu) menjadi kabur di kacamata masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Kepenggunaan

Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi jumlah pembelian dan penggunaan barangan komersil dalam kategori negara membangun. Hal ini tidak dapat tidak akan mendedahkan pengguna Muslim terutamanya kepada barang-barangan yang tidak halal serta memudharatkan tubuh badan. Di samping itu juga, pelaburan dan pengaliran wang yang tidak selari dengan Syari‘ah menyebabkan keberkatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia hilang secara tidak sedar. Pendedahan kepada dakwah kepengunaan akan memberi input yang sangat kritikal dan berguna kepada para peserta.

Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan ciptaan Allah SWT dan amanah kepada manusia di dunia untuk memelihara dan mengurus sumber bumi secara lestari berdasarkan prinsip-prinsip al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kepincangan ma‘na pembangunan, kerakusan nafsu pemaju, kehilangan sifat prihatin masyarakat, kematian rasa kehambaan kepada Tuhan, antara faktor yang memungkinkan masyarakat tidak endah kerosakan alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Di dalam AD09, para peserta akan didedahkan tentang dakwah alam sekitar yang merupakan keperluan terpenting demi menyelamatkan kelestarian pengurusan pembangunan berasaskan konsep hamba dan khalifah.

Gejala Sosial

Jiwa remaja yang sering mencuba segala keseronokan menyebabkan berlakunya kepincangan akhlak yang mengheret mereka ke kancah kemaksiatan yang serius. Lambakan isu-isu semasa yang berkaitan dengan gejala sosial memberikan satu tamparan hebat kepada kesemua gerakan Islam di Malaysia dalam mempertahankan ‘Aqidah dan Syari‘ah masyarakat yang kian terhakis. Pendedahan langsung di lapangan masyarakat akan membuka mata para peserta dalam memahami dan menghayati punca utama kesuburan gejala sosial di Malaysia dan langkah terbaik dalam mempertahankan akhlak dalam diri setiap ahli masyarakat.

Masyarakat Minoriti

Masyarakat minoriti di Malaysia terutama masyarakat orang asli kurang dititikberatkan oleh gerakan dakwah akibat kos yang terlalu tinggi dan kemahiran dakwah yang konsisten di dalam situasi yang sangat mencabar. Pendakian bukit serta halangan lain antara pengalaman baru yang akan dirasai oleh para peserta dalam merealisasikan dakwah kepada masyarakat orang asli yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Cabaran dan ujian yang bakal dihadapi oleh para peserta akan memberikan satu impak dan semangat dakwah yang kental dalam menyampaikan risalah kebenaran – warisan para Nabi dan Sahabat.

Dakwah Dalam Penulisan

Penulisan merupakan elemen dakwah yang paling penting. Penulisan akan kekal walaupun si penulisnya telah tiada. Keberkesanan penulisan dakwah dapat memberikan ruang dakwah yang optimum di samping penyebaran pengisian dakwah yang lebih meluas. Para peserta akan diajar untuk menghasilkan penulis yang lebih sistematik dan berkesan. Malah, para peserta akan diberi peluang untuk mempersembahkan penulisan masing-masing di dalam beberapa ruang penulisan semasa yang terpilih.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudari Azwaahidah (019-5989382 / paspertama_86@yahoo.com.my) atau saudara Amir (013-7069509 / api_penang@yahoo.com.my) dengan segera. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta terawal.

Semanis Hempedu

hempedu

Abang nak pi mana bang?

tanya Munirah kepada suaminya sambil tangannya ligat menyusun pakaian di dalam almari.

Abang ada meeting. Susulan isu hina syari‘ah minggu lepas,”

jawab Haikal sambil membetulkan butang baju Melayu di hadapan cermin.

Meeting lagi bang?

si isteri bertanya, namun nada Munirah seolah-olah mengeluh atas kesibukan suaminya yang selalu bergiat aktif dalam pertubuhan Islam. Teruskan pembacaan »

Wahai Jeff Ooi

Jeff Ooi

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai persediaan dibuat oleh segenap Muslim di seluruh dunia bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat yang dijanjikan oleh Allah SWT. Namun, di dalam bulan yang mulia ini, masih ada individu-individu yang kurang senang dengan agama Islam sehingga sanggup menghina Syari‘ah Islam secara terbuka di dalam blognya. Individu tersebut tidak lain tidak bukan ialah Jeff Ooi. Teruskan pembacaan »

KENYATAAN RASMI FORUM 9 September 2009

FORUM Lancar Kempen Tandatangan Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan

Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].

FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet). Teruskan pembacaan »

Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API) dibawah naungan Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) akan mengadakan Uzlah Tazkiyyah di bulan Ramadhan ini. Pelbagai pengisian untuk pemantapan ilmu dan iman akan diadakan bermula 29 Ogos hingga 31 Ogos 2009 (8 Ramadhan hingga 10 Ramadhan 1430) di kawasan Pantai Bersih. API menjemput individu-individu yang berminat untuk usaha ‘uzlah tazkiyyah di bulan Ramadhan ini seterusnya menginfakkan diri di jalan da‘wah . Sebarang penyertaan hendaklah melalui Setiausaha API untuk memudahkan urusan pendaftaran penyertaan. SU API boleh dihubungi di talian sepeti dibawah. Teruskan pembacaan »

KENYATAAN RASMI FORUM 14 OGOS 2009

FORUM Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan

FORUM merujuk kepada kenyataan Jeff Ooi pada 9 Ogos 2009 lalu dan kenyataan-kenyataan pimpinan NGO-NGO Islam Pulau Pinang sebagai reaksi kepada kenyataan tersebut. NGO-NGO Islam dibawah Forum Penyelarasan Umat (FORUM) dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang telah bermesyuarat dan sepakat mengambil keputusan seperti berikut: Teruskan pembacaan »

KENYATAAN RASMI FORUM 5 OGOS 2009

FORUM Selar Kenyataan Jeff Ooi Berkenaan Syariah

NGO-NGO Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (FORUM) dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang menyelar kenyataan YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan kenyataan beliau yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisme [rujuk The Star, 2 Ogos 2009, N12]. Kenyataan ini dikeluarkan berhubung pertelingkahan beliau dengan Hj Mohd Razali, Ahli Majlis MPPP yang jua ahli kepada Jamaah Islah Malaysia (JIM). Teruskan pembacaan »

Da‘waholic

da'waholic

Suasana da‘wah masyarakat di Malaysia hari ini berada di tahap yang agak memuaskan. Pelbagai usaha da‘wah yang dilakukan oleh individu-individu atau badan-badan yang tidak berkepentingan dilihat sebagai salah satu tanda penerimaan faham Islam yang sahih dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup seharian. Tanda-tanda ini dikuatkan lagi dengan penganjuran program-program keagamaan oleh badan kerajaan atau sukarelawan yang semakin bertambah dari sehari ke sehari sehingga mendapat sambutan baik terutama dari pihak media seperti TV9 dan sebagainya. Teruskan pembacaan »

tarbiyyah-dari-seekor-toyol

Abang, minggu depan saya nak bawa anak-anak pi melancong kat Sydney,”

pujuk Datin Sharifah kepada suaminya.

Hm, ok jugak tu,”

balas Datuk Karim sambil merendahkan surat khabar yang sedang dibacanya. Teruskan pembacaan »

liberal-islam-charles-kurzman

Golongan liberal sebenarnya sayangkan Islam namun ada beberapa fahaman mereka yang perlu diteliti. Namun dalam masa yang sama, golongan ulama’ harus juga memerhatikan apakah hujjah yang dikemukakan oleh mereka.”

Tidak, golongan Islam Liberal tidak sayangkan Islam. Mereka menggunapakai faham Islam melalui pandang sarwa Barat seraya mengkritik nas-nas al-Qur’ān yang jelas. Mereka didanai oleh yayasan-yayasan yang anti-Islam dan memegang objektif untuk de-Islamisasi masyarakat dari setiap sudut terutama dalam aspek ‘aqidah. Ulama’ lampau seperti al-Ghazali sudah lama mematahkan hujjah golongan Islam Liberal, namun hari ini golongan Islam Liberal didanai oleh Barat dalam memerangi semula pemikiran umat Islam terutama sekali selepas peristiwa 11 September. Kekuatan mereka dalam aspek material mematahkan kelemahan umat Islam dalam aspek faham ‘aqidah yang sebenar. Teruskan pembacaan »

Kenyataan Media: ABABIL PUMPP Gesa Jangan Mempolitikkan Isu Kesesatan Liberalisme Sisters in Islam (SIS)

15 Jun 2009

Muktamar PAS kali ke-55 yang lepas memperlihatkan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan Syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya menjadi perdebatan yang hangat oleh pihak parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang lain. Isu ini semakin dipolemikkan sehingga masyarakat bertambah keliru tentang masalah yang timbul dan mungkin mengambil tindakan ‘lepas tangan’ dalam memahami persoalan akidah yang menjadi teras pegangan setiap umat Islam. Teruskan pembacaan »

Hari ini, banyak SMS yang saya terima daripada kenalan-kenalan saya mengucapkan ‘Selamat Hari Guru.’ Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan tersebut. Saya, walaupun belum lagi menerima tawaran bekerja sebagai guru tetap, sangat menyayangi bidang perguruan ini. Sejarah hidup saya selama ini mengajar saya harga sebuah pendidikan. Teruskan pembacaan »

Guru Terbangsat

guru-terbangsat

Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?,”

tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga.

Si ayah terkedu.

Mak, kenapa dalam akhbar ni laki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan ayah tidur sebilik tak kena tangkap pun,”

tanya si anak itu lagi dengan penuh rasa ingin tahu.

Si ibu tersentak. Teruskan pembacaan »

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »